Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 27 June 2013

Jom Sign-up Nuffnang

Sudah hampir sebulan blog ku tak "ter" dan "ber"update. Kesibukkan...kepenatan..dan "kemalasan" di tahap maksima telah menyerang moodku kebelakangan ini sehingga aku merasakan sepi itu indah hahaha.. Namun begitu setelah lama berehat berblog akhirnya hari ini aku mula duduk dan menyambung semula hobi tegarku dengan cerita-cerita dan topik-topik yang pastinya menarik buat tatapan anda semua...ngeee...menarik ke? ekekeke...Oklah dipendekkan cerita, hampir 3 tahun berblog tetapi tak pernah sekalipun aku menyebut tentang Nuffnang, mungkin kerna waktu itu aku masih lagi "newbie" jadi aku tidak mahu mengeluarkan sesuatu entri yang aku sendiri masih belum faham sepenuhnya tentang sebelok belok Nuffnang nih. Namun berbeza untuk hari ini kerana entri ini sememangnya kutujukan khas buat anda yang ingin mendekati Nuffnang. Sebenarnya ini adalah topik lapuk yang sering dikongsikan oleh blogger-blogger di seluruh Asia terutamanya Malaysia tetapi aku tetap percaya masih ada dikalangan kengkawan diluar sana masih belum pernah mendengar ataupun taktahu apakah yang membuatkan Nuffnang begitu istimewa kepada para blogger yang mempunyai account Nuffnang.

Aku yakin daripada 100 blogger pasti hampir lebih separuh daripadanya mempunyai account Nuffnang. Kenapa Nuffnang nih begitu dikenali oleh para blogger? Jawapan skema yang sering kita dengar ialah kerana Nuffnang merupakan Syarikat pengiklan yang paling berjaya di Malaysia dan juga disegani di Asia sebagai sebuah saluran yang mampu menjana pendapatan para blogger. Pendek kata para blogger bukan sekadar mengeluarkan idea didalam entri-entri bahkan turut memperolehi pendapatan daripada iklan-iklan yang disiarkan oleh Nuffnang didalam blog masing-masing. Seronokkan sambil berblog kita mampu mengisi poket sendiri walau anda berada diceruk kampung sekalipun.

Buktinya??..Mungkin anda pernah terbaca atau mendengar ada antara blogger hidupnya agak mewah walau cuma dengan duduk menaip dirumah. Jadi tak hairanlah ada otai-otai kita mampu berblog hampir mencecah 7,8 tahun lamanya hehehe..Pastinya Nuffnang adalah antara satu sebabnya kenapa mereka masih bertahan hingga ke hari ini. Jangan tak percaya pula dalam sebulan pendapatan para blogger ini serendah 5sen hingga mencecah ribu raban dan tak mustahil ratusan ribu. Yang lagi bestnya bila pihak Nuffang tidak hanya memberi pendapatan sahaja tetapi juga turut menyusun event-event yang berprestij seperti Nuffnang Blog Award dimana ia adalah acara wajib dalam kalender Nuffnang. Ini sudah cukup membuktikan bahawa para blogger juga mendapat tempat dikalangan masyarakat dan hobi berblog ini sememangnya memberikan pulangan sekiranya anda benar-benar digemari oleh pembaca dari pelbagai peringkat umur. Nasihat aku, yang penting setia dan jujur kepada Nuffnang kerana pihak Nuff boleh saja mem"blacklist"kan nama anda sekiranya anda tersilap langkah hehehe...Kenapa aku berkata begitu? Sabar...akan ku kupas di entri yang akan datang hehehe..

Jadi kepada anda yang fikirkan bahawa berblog ini hanya membuang masa, tolong ubah cara anda berfikir ye. Dan kepada adik-adik..kakak-kakak..abang-abang..pakcik-pakcik..makcik-makcik dan seluruh pembaca lama yang belum meletakkan iklan dari Nuffnang atau baru cuba membuat blog sendiri, pastikan jangan lupa sign-up account Nuffnang dan ikut setiap arahan yang dinyatakan. Letaklah code-code nuffnang anda di bahagian yang sepatutnya. Oklah..lain kali kita cerita tentang Nuffnang lagi ye,hari ini cukuplah aku ajak blogger-blogger baru ataupun blogger lama yang masih belum mempunyai account untuk sign-up Nuffnang. Aku bukan pakar tetapi sekadar berkongsi..Yeay!!


Gambar ini adalah contoh iklan yang menumpang didalam blog aku untuk 2,3 hari ini. Anda boleh lihat disudut paling atas, kanan dan sudut bawah blog aku nih. Semuanya diletakkan mengikut kehendak Nuffnang..jika bertuah anda dapat melihat kesemua iklan ini serentak dan sekiranya nasib tak menyebelahi anda..mungkin anda hanya akan melihat perkataan 
"ads by nuffnang" hehehe..Click le iklan2 tu sekiranya anda rasa menarik wakaka..



No comments:

Followers