Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 2 July 2013

8 Tips Mendapat CPUV Nuffnang Malaysia

Rasanya hampir semua blogger pun bila dah dapat CPUV dari Nuffnang je masing- masing keluarkan pelbagai tips untuk mendapatkan Buffering Earning dan semestinya aku tidak terkecuali melakukan perkara yang sama ekekeke..Agaknya memang dah menjadi lumrah kut bila blogger dapat campaign CPUV mulalah pakat tunjuk skill sampailah berjangkit kat aku. Lagipun pada entri semalam aku ada cakap nak berkongsi tips kan????..Janji dicepatiiii punya pasalllll!!!! kuikuikui...Elehhh..Budak hingusan macam aku pun ada hati nak bagi tip segalakkkk! ngeeee.Tapi ada aku kesahhhh????....Kalau rasa nak baca, kehadiran anda dialu-alukan disini dan kalau sebaliknya pula...lehlah jenguk entri aku yang lain. Pilihan tu kan ditangan anda hehehe


8 TIPS MENDAPAT CPUV NUFFNANG MALAYSIA

1. Wajib sign-up Nuffnang...kalau yang takde account nuffnang ni jangan berangan nak dapat cpuv ye huhuhu....penting sesangat, harap ambik port!

2. Status Glitterati- Untuk pengetahuan semua, status glitterati dalam account nuff sangatkah diperlukan. Pendek kata, status ini akan membantu anda dan sekaligus memberi peluang untuk anda merasa cpuv. Alaa..tak lama mana pun nak dapat status ni...2,3 hari lepas sign-up maka dapatlah status ni janji korang setiaaaa..

3. Letakkan Leaderboar, skyscraper dan large rectangle ditempat yang sepatutnya.Baca arahan tu betul-betul, jangan main hentam je.Code-code ada diberi cuma perlu copy and paste je lagi huhu..Selagi code tu tak diletakkan di tempat yang sepatutnya, selama itulah account nuff korang tergantung tak bertali...chewahhhh...ayattt!!!!

4. Kene rajin hantar tiket..Err..apa itu tiket? TIKET dalam bahasa nuffnang tu lebih kurang maksudnya macam hantar borang pertanyaan. Ada yang berpendapat jika kerap berhubung dengan pihak nuff maka peluang tu lebih cerah kiranya korang sering menari-nari depan nuff mana tak nuff pilih korang ye takkk? hehe...Dan sejujurnya, orang seperti aku lak tak mengamalkan sangat tips ni lagipun seingat aku la, aku hanya pernah menghantar 2 tiket je ke Nuff..Tiket pertama tu pun aku hantar 2 tahun yang lepas dan yang terakhir dalam 2,3 bulan yang lalu.Nampak sangat aku ni slow hehehe..Tetapi walaupun aku cakap macam tu, korang leh cuba tips yang digemari para blogger ni sebabnya pihak nuff ni memang mesra alam..korang tanya sejemput, diaorang lak jawab berjela...layannnn..

5. Follower korang turut memberi pengaruh..tak kiralah pembaca blog kita tergolong jenis suka menonjol ke atau pun cuma sekadar silent readers sebabnya jika traffic blog korang turun naik, agaknya pihak nuff pun kene fikir 2,3 kali nak letak iklan dalam blog korang ye hehehe Jadi pastikan sentiasa stabil di atas landasan ye, jangan kuar masuk lorong lak hahaha Oh ye..Jangan jadikan blog aku sebagai contoh untuk tips ini sebabnya baru-baru ni je aku letak widget follower menapak dalam blog.....aku ni kan suka 'berdrama'..Kejap rasa nak letak kejap lak rasa nak buang ngeeee..Apa-apa pun jangan lupa follow ye.Haishhhh!!... sempat jer promot hahaha

6. Update profile nuffnang korang sekerap mungkin, biar nampak sentiasa segar haha..Kalau korang tak update, diaorang pun malas nak jenguk biarlah bersawang sorang-sorang hahaha.Bukan cuma 1 je blog kat Malaysia ni, berjuta babe jadi kalau korang selalu update pihak nuff dan tentu akan selalu juga baca hahaha

7.Entri pula, jika ada masa terluang tu silalah updatekan juga ye...nampak aktif kan comel ekekeke Jangan lak updatenye 2 tahun sekali bagus tutup terus je account tu.Blogger suam-suam kuku macam aku ni pun kekadang ada masa busy juga tetapi jika ada masa terluang ditambah dengan idea  yang melompat-lompat dalam otak ni pastinya takkan dibiarkan menyepi sampai setahun...sebulan dua cukup ar hehehe.. 

8. Kesetiaan dan kesabaran anda terhadap nuffnang menjadi kunci dan jawapan yang paling tepat. Kat luar sana banyak syarikat pengiklan yang bersaing sesama sendiri jadi secara logiknya, pihak nuff sentiasa memastikan iklan mereka lebih menonjol daripada yang lain dan semestinya perlu memilih blog-blog yang benar-benar layak.Jadi andai anda belum terpilih untuk jangka masa yang agak panjang, bersabarlah hingga beruban hahaha

Oklah itu je yang penting, yang lain korang leh baca di blog jiran-jiran alam semesta korang..Silalah buat blogwalking huhu..Yeay!



No comments:

Followers