Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 18 June 2014

Cuba di The Royale Bintang Hotel

Dah berkurun gambar bilik hotel nih menapak dalam draft, baru hari nih aku gigih nak buat iklan tak berbayar nih hehehe...Hmm...duduk 2,3 hari kat KL cuti sekolah minggu lepas dapatlah juga merasa duduk kat The Royale Bintang...masalahnya royale ke???adoiiiyaiiiii... hehehe....
Dipendekkan cerita, rasanya banyak gambar yang aku capture hari tu tapi entah kenapa yang tinggal dalam hp aku cuma 4 gambar nih. Hairan bin ajaiblah pulokkk..sah hp aku tuh dah kerepot sampai gambar yang aku capture pun dia tak larat nak simpan huwaaa...sadisss!!!...

Berbalik pada Hotel The Royale Bintang yang terletak di area Bukit Bintang nih, aku rasa tak ada la jauh bezanya dengan hotel-hotel yang aku guna sebelum nih cuma nama je agak gah daripada yang lain kut. Sesekali mencuba apa salahnya ye takk??? hehehe.Ermmm.. keistimewaan hotel nih rasanya sebab terletak dikawasan shopping mall kut sebab tu jadi tumpuan, maksudnya memudahkan kita dan semestinya tak perlukan duit extra untuk membayar tambang teksi jika sekadar nak pusing keliling mall kawasan tu je..macam yang kami buat hari tu arr...kuikuikui..Untuk harga bilik pula aku tak suka la nak komen panjang lebar sebabnya semua pun tahu harga semua bilik hotel nih sentiasa berubah ikut keadaan jadi kalau nak murah pepandailah cari tarikh yang sesuai untuk melancong ye. Kalau kene time cuti, faham-faham sendiri je laaa...huhu...

Apa-apa pun kalau ada kengkawan yang nak merasa hotel The Royale Bintang nih pun apa salahnya. Sambil melancong kita berpeluang tidur macam kerabat diraja kut hahaha..Yeay!... 
.
Kaki gajah hokeyyy...R for Royale ye bukan rasaksa hehehe...adoiiii..royal lah sangat kaki aku nih huhuhu...

Macam biasa husband aku suka minta bilik camnih, katil asing-asing dengan motif dia tak berkongsi dengan aku dan Puteri tersayang huhu...Tau sempit takyah ler tunjuk sangat tiap kali travel.. (*O*).

Tv ok..kerusi pun ok..lampu tu jer yang nampak kuning sangat..takde ke lampu yang lebih cerah dari yang nih? hehe Siang gelap malam lagilah gelapppp...

Macam kecik je bilik nih kan tapi ok la..ayat skema para blogger sekalian.."tempat tido je.."..hehehe..sorry guys..aku pun suka guna ayat tu,penyedap hati hehehe..

Ehh...eh...mana gambar bilik mandi yang aku capture aritu? nape boleh hilanggggg??? cehhh...Aku rasa macam tak lengkap jer entry yang nih. End dulu daaaaa huhu

Pautan untuk hotel yang lain sila klik -->SINI


2 comments:

Jari Manis said...

Berapa rate per night?

seripelangi said...

Masa tu cuti sekolah, mungkin rate dia naik 2,3 ringgit cikit kut...kalau tak silap rate dia dalam rm2++ per night.. book last minute book kwang3x

Followers