Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 29 December 2018

KL here we comeee....

Assalamualaikum semua.....aduhaiii..tahun nih terasa cepat je berlalu. Tak terasa pula kita dah berada di penghujung 2018. Alhamdulillah aku bersyukur sekali lagi kerana tahun ini aku dan family diberi sedikit kelapangan, kesihatan yang baik dan rasa bahagia yang berpanjangan jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini..syukurrrr😍.

Tahun ini aku tak banyak merancang, cuma aku lalui sahaja apa yang mendatang. Dan alhamdulillah berkat rezeki dan kesihatan yang baik, sekali lagi aku dan Mr.Hubby tidak mempersiakan cuti sekolah yang ada. Percutian yang singkat tapi amat bermakna untuk kami sekeluarga. Jika sebelum ini percutian kami biasanya dirancang diawal tahun tetapi tidak kali ini kerana kali ini aku lebih menitik beratkan soal kesihatan kami sekeluarga yang ada kala ada turun naiknya. Apa yang boleh aku simpulkan keseronokkan dan nikmat menempah  serta merancang segala aktiviti secara "last minute" memang lebih menyeronokan bak kata  rakan-rakan blogger hehe...

Percutian kami tak la jauh mana pun cuma diantara Sarawak dan Semenanjung tapi itupun dah dianggap jauh bagi kami yang kekadang cuma berpeluang sekali setahun bercuti begini bersama family...Wohoooo...tak payah nak heran sangat dengar aku jakun camnih haha..Ade je aku melawat tempat sama sebelum nih cuma nikmat bercuti pada bulan December aku lebih prefer ke tempat yang ada aura Christmas gitewww untuk membuatkan feel ayah dan ibuku lebih seronok. Maklum diaorang kan calebrate Christmas takkan aku nak bawa tepi pantai pulakkk..hilang feel nokkkk!!!... Yang penting kita saling hormati perasaan orang lain walapun berbeza agama dan perayaan.

Guys....jangan pula nak bandingkan kata-kata aku...ini pendapat masing-masing...lain tempat lain auranya....Syukurrr...kat mana pun bercuti tak penting, asalkan dapat hilangkan stress, happy2 with family and of coz la dapat shoppinggggg...Kat mana lagi kalau bukan kat KL....Yeayyyy!!!!😝😝


With my mom and dad...dah macam adik beradik pun adaaa wakakak...Love youuu!

With Mr.Hubby and our Puteri...tinggi dah diaaa...sesiapa yang mengikuti blog i dari zaman kekanak dia tau la rupa dia time tu haha...

Kat Pavilion...Mickey Mouse everywhere nokkk...excited gileeeee....Terasa kat DisneyLand pulak haha
Ramai and sesak kat Pavilion tapi yang penting kene gigih juga pose haha

Ragam cucu and nenek...adoiyaiii...anakmu and mamanya letak tepi dah...😑

Cantikkan deco Christmas Tree kat Pavilion kali nih, tahun depan nak tengok lagi...Tiap tahun dah nampak berbeza..tahun depan mesti lagi gempak hehehe..insyaallah..

Gigih nak bergambar ngan Puteri kesayangan hamba tapi hampa haha..dia tak layan pun..camni lah bila anak dah beso...

Ayah aku sejenis yang kureng nak bergambo jadi aku kene paksa setiap kali nak bergambar and siap share kat dia balik lepas bergambar...Kalau tak alamatnya takde la gambar dalam hp dia.Sadiskannnnn....haha

Gara-gara Puteri Kesayangan kami singgah sini lagi tahun nih...alahai..tiap kali gi sini nak ambik gambar je..bukan nak nyopping punnn...kang poket kering kalau nyopping kat sini hehe..KLCC bukan tempat fav tapi kalau sampai KL tak kesini jadi lain macam pulak haha...

Niat nak selfie sekali nampak anak dara ko tengah seronok berposing kat belakang..batal niat nokkkk...

Aku, makku dan Puteriku...ku ku ku.....hahaha

Happy holiday buat ayah dan mak aku..chewahhh...

Christmas tree kat taman luar KLCC...Abang Misai gigih jadi Pak Guard

Aku jarang posing camnih ngan ayah aku tapi style camnih mmg aku idamkan haha 

Dia kalau dah melaram camnilah kejadiannya...Jangan cepat beso please...mama masih nak manjakan anak mama nihhh...

Abang Misai payungkan Mak and Puteriku...payunggggglah sangatttt haha

Mokcik Penat tauuu...Ingat jadi tourist guide nih senang ke haha

Style korea gak ko bawa nokkk...

Sudah-sudahlah selfie tuuu...

6 hari 5 malam dah cukup lama..kalau lagi lama lagi banyak beg tu...End of our journey kononnn...datang bawa beg cuma 2 je..sekali balik dah camnih....Aduiyaiii...kau rasa camne nak idup kat KL nih...kuar je nak beli..kuar je nak beli hehe..rambang mata mokcik nih oiii...

Teringin nak kaluar gate kat belakang tu lagi...Saja suruh Mak and Puteriku pose kat situ..ambik berkat and aura haha...

Mr. Hubby and mertuanya memang kene buat muka redha selalu...Tukang angkat beg la katakan haha...Yesss...kita memang letih tapi seronokkkk hehe..ayat pujuk hatiii...

Sentiasa berdua..korang tau la mana kedudukan mamanya kalau dia dah bersama neneknya tu..agaknya ada yang faham situasi aku sini tak? haha...

No comments:

Followers