Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 31 December 2018

Selamat Tahun Baru 2019


Alhamdulillah hari ini kita berada di penghujung 2018. Sisa-Sisa yang berbaki sebelum detik tengah malam menjelang 2019 aku banyak gunakan masa ini untuk mengimbau semula apa yang berlaku di tahun 2018. Banyak memori pahit dan manis yang sukar aku lupakan, jika aku kenang tiap satu darinya pasti ada yang membuat hatiku tersenyum dan menangis. Namun syukur kehadrat ilahi..semua yang terjadi pasti bersebab.

Apapun guys...tinggalkanlah segala yang membuat kita kecewa semalam dan ambillah iktibar dari setiap yang terjadi.  Esok merupakan episod baru dalam kehidupan kita., bukalah buku baru...berikanlah peluang pada diri untuk menjadi lebih positif dimasa akan datang..just ignore yang negatif nescaya hati lebih tenang. Semua itu terpulang kepada diri kita sendiri...

Lastly semua....Terima kasih kerana sampai ke saat ini masih setia melawat blog aku yang kekadang timbul tenggelam dalam alam maya. Syukur aku masih diberi kesempatan untuk menaip sebaris dua kata buat tatapan kalian. Dikesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf kiranya saudara dan saudari terkadang berkecil hati dengan kata-kataku ketika membaca tiap entriku. Dan tak lupa juga aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik...dimurahkan rezeki...dipanjangkan umur...diberi nikmat bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan serta gembira dengan diri sendiri. 
Happy New Year 2019!!!....YEAY!!!

*Dibawah aku sisipkan beberapa gambar kenangan 2018 bersama keluarga besarku. Dan andaikata aku tiada didalam gambar tersebut bererti aku juga tidak berada dalam situasi itu...Sengaja aku letakkan disini agar aku boleh kenang kembali suatu hari nanti diwaktu aku sudah tidak mampu menaip begini. Melihat sahaja aku sudah rasa bahagia inikan pula jika kita bertentang mata😘. Maaf andai ada adik..kakak..uncle..aunty.. cousin2ku..anak2 buahku terasa hati kerna tiada gambar kalian disini..kerna aku hanya megambil kira peristiwa yang berlaku ditahun 2018 hehe...Apa2pun aku tetap sayang korang semua.
Buat familyku yang jauh dan dekat...Kita mungkin jarang bersua muka, tetapi kalian sentiasa berada di dalam hati dan doaku. 




No comments:

Followers