Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 29 December 2013

Bercuti Di Singapura

Jika sebelum ini aku skip tentang aktiviti hari-2 bagi mengutamakan Negeri lawatanku iaitu Negeri Johor Darul Takzim dan hari ini tiba masanya pula aku bercerita tentang trip/jadual hari ke-2 kami iaitu menuju ke kota singa iaitu Singapura (29/11/2013). Hmm...sejujurnya mengatur trip untuk keluarga bukanlah sesuatu yang baru bagi aku cuma kali ini kelainannya aku perlu berurusan dengan lebih banyak pihak bagi melancarkan perjalanan kami. Yup..dalam teruja aku begitu gementar mengatur perjalanan untuk keluarga ke negara jiran, bimbang nanti adanya kecacatan sepanjang perjalanan kami tetapi Syukur Alhamdulillah dengan keyakinan yang masih berbaki pada diri telah sedikit sebanyak membantu aku. Berdebarlah jugokkkk....

Perjalankan ke Singapura sememangnya dirancang sejak pertengahan tahun nih dimana aku tekad mahu sedikit kelainan dalam perjalanan kami dan ternyata kelainan itu telah membuka mata aku tentang sesuatu. Menjejak kaki ke Tanah Singapura yang merupakan Bandaraya Global Metropolitan telah membuatkan aku kagum terutama melihat pembangunan dan kepesatannya walaupun semua tahu bahawa rakyatnya dikelilingi dengan undang-undang yang agak ketat sehingga kita yang melawat merasa begitu berhati-hati ketika berada dibandaraya tersebut. Yup seperti semua ketahui tahap kebersihan bandaraya Singapura adalah ditahap yang sangat tinggi dan aku akui akan keadaan itu setelah melihat dengan mata sendiri..tak ada sampah sepah-sepah(<--ye ke?)..tak ada asap kepuk-kepuk dan yang penting jalan pun tak terpijak chewing gummm hahaha.... Nampaknya undang-undang Singapura mampu mendidik setiap warganya bahkan secara tak langsung turut mendidik para pelancong semua. Terkenang kata-kata pemandu kami ketika memberi sedikit nasihat agar tidak tersilap ketika berada di bandaraya tersebut...katanya  "Undang-undang mereka ketat tetapi kita ikut saja, semua akan selamat."

Oklah dibawah ini ada sedikit gambar sepanjang perjalanan kami dan cerita seterusnya akan diupdate dientry yang akan datang. Guys.... Sekali sekala menikmati keindahan negara orang membuatkan kita tersenyum dalam tak sedar.  Benar kata orang " Jauh perjalanan luas pandangan." tetapi walaupun begitu.... tak bermakna kita harus melupakan tanahair sendiri bak kata pepatah 
"Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri...tetap lebih baik dinegeri sendiri. " hehehe..Yeay!


Menuju ke Woodlands...Bubuh jer nama nih dalam borang putih hehehe..

Kiri dan kanan dipenuhi kereta mewah warga Singapura..huhu...Sesakkk...


Gambar dibawah antara bangunan yang sempat diambil dari dalam MPV..







No comments:

Followers