Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 28 December 2013

Menjejak Kaki Di Legoland,Johor

Hari ke-3 berada di Johor..owhh..aku skip dulu program hari ke-2 sebabnya aku nak simpan untuk entry seterusnya lagipun biarlah aku cerita benda yang membawa aku ke bandar nih terlebih dahulu hehehe...Yup...Alang-alang dah sampai Johor, kalau tak singgah Legoland mesti rasa rugi sesangattt. Bagi aku, buat apa datang bercuti jauh-jauh tapi singgah Legoland pun tak kwanggg..kwanggg..kwangg..Tapi itu cuma pendapat peribadi aku, lain orang lain cara berfikirnya kannnn...Dan sejujurnya antara penyebab utama aku beriya-iya bercuti di Johor kali nih pun adalah disebabkan Taman Tema Legoland nih hahaha..(<--Gelak sakan japp )
Alhamdulillah segala perancanganku berjalan dengan lancar walaupun terpaksa menunggu setahun untuk merealisasikannya...Hambooiii..ngalahkan bebudak lak aku nih..puteri tersayang pun tak over cam mamanya huhu...Oklah dipendekkan cerita kawasan nih boleh lah juga aku ketegorikan sebagai kawasan yang agak panas...errr..bukan "agak" tetapi tersangatlah panas lebih-lebih lagi bila matahari betul-betul terpacak atas kepala..Hadoiii..rentung muka aku walau cuma berada setengah hari kat situ kuikuikui...So pesanan penting bagi yang jaga kulit tu pepandailah sapu cream atau losyen segalak sebelum ke tempat nih lainlah kalau guna kulit buaya hahaha..Tapi jangan risau, kat situ ada tempat berteduh yang disediakan bagi anda yang ingin berhenti berehat seketika.
Hmm..bagi aku Legoland nih agak menarik untuk dikunjungi terutama bagi yang gemarkan sesuatu kelainan atau ibu bapa yang ingin membawa anak masing-masing  berhibur pada musim cuti sekolah begini. Ketika aku disini banyak benda yang membuat kita berasa kagum terutama melihat reka bentuk lego yang dihasilkan begitu cantik, teliti dan halus pembuatannya. Apa pun cerita banyak-banyak pun tak guna, apa kata anda tengok jer gambar yang sempat diambil ketika disini. Moga setiap gambar ini dapat meyakinkan anda bahawa Legoland nih memang cantik.Yeay!!!...

















































No comments:

Followers