Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 28 December 2013

Johor - Here We Come!

Sudah agak lama blog aku nih terbiar...bersawang dah punnn...Nampaknya musim cuti sekolah nih benar-benar merehatkan minda dan fizikal aku sepenuhnya serta turut memperlahankan mood aku untuk terus "mengupdate" entry-entry baru. Walaupun menyepi seketika pastinya aku akan kembali dengan membawa pelbagai cerita menarik buat tatapan anda semua kali ini.
Yup..seperti juga family-family yang lain sudah tentunya aku juga mengatur jadual untuk melancong sempena musim cuti sekolah nih. Owh..rancangan yang aku atur bukanlah dirancang "last minute" tetapi telah diatur sejak awal tahun 2013 lagi dan aku akui memang penat menjadi "perancang" program nih. Jika tak kena gaya pasti stress tidur di hotel memanjanggggg (-,-') huhu. Namun Alhamdulillah syukur sesangat kerana segala apa yang aku rancangkan dari A to Z sememangnya berjalan dengan lancar tanpa ada cacat celanya. Mungkin benar setiap niat yang kita susun itu harus bermula dengan hati yang ikhlas... In Sha Allah akan dipermudahkan walau kita merasa tak mampu. 

 Hari ini aku mulakan dengan sesuatu yang biasa-biasa saja..pastinya yang akan datang, ada yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama anda. Destinasi pertama untuk percutian pertama kami ialah menuju ke Bandar Johor. Pertama kali menjejak kaki ke bandar Johor tidaklah banyak beza dengan aku melihat bandar di negeri-negeri lain  tetapi setiap bandar pasti ada keunikkannya sendirikannn. Dan tarikan utama aku untuk berada di bandar ini adalah kerana taman tema yang terkenal di Malaysia iaitu Legoland tetapi rasanya elok aku buatkan entry khas untuk Legoland tu di entri-entri yang akan datang..hehe..sabarlah menunggu hehehe...Buat hari nih, cukuplah sekeping dua gambar yang sempat diambil ketika berada di bandar Johor tempoh hari. Apa-apa pun..jomlah melancong ke Johor..sesekali kita membawa keluarga berehat di negeri orang sambil menikmati keindahan serta cara hidup mereka pun seronok juga. Yeay!!..

"I know i'm not perfect but part of me are pretty amazing..(^,^) "












No comments:

Followers