Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 28 December 2013

Madah Rezeki Kita

 Tersentuh mendengar keluhan hati beberapa orang sahabat 2,3 hari nih sudah cukup membuatkan aku berfikir panjang. Disaat aku begitu bahagia melalui hari-hariku, ada diantara mereka bersedih dan menangisi takdir dan dugaan yang hadir dalam diri. Andai saja  senda gurauan itu mampu menghilangkan perasaan kecewa atau kekurangan itu dengan mudah pasti dikala ini tiada siapa yang mengeluh, meratapi atau berduka lara mengenang sesuatu yang tak mampu dijelaskan biarpun dalam baris kata-kata. Yup...Terkadang senyuman itu sebenarnya airmata dihati seseorang.

Sesungguhnya tiada siapa yang mampu menduga dan tiada siapa jualah yang dapat menghalang ketentuan dari-NYA. Andai ia sudah tersurat , terimalah walau dugaan itu terlalu berat untuk kita hadapi. Buat teman...sematkanlah dihati dan yakinlah bahawa rezeki Allah itu amat luas. Selagi kita berusaha dan bermohon kepada-NYA selalu, Insya Allah takkan terputus pintu rezeki kita. Usahlah kita berputus asa dalam menghadapi ujian Allah kerana dengan kekurangan itulah yang banyak mengajar kita untuk menjadi seorang yang tabah dan sabar selalu. Yeay!



No comments:

Followers