Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 29 December 2013

Singgah Di The Merlion Park, Singapore

Kawan-kawan dan para blogger selalu berkata jika datang ke Singapura tak jejak kaki di The Merlion Park bermakna masih belum sempurnalah lawatan ke bandaraya tersebut tul tak?. Sebelum nih pernah juga terfikir untuk skipkan saja lawatan ke situ tetapi bila difikirkan balik kata-kata kengkawan semua memang ada benarnya. Yup...buat apa datang jauh-jauh jika "trademark" Singapore pun tak tengok, sungguh merugikan...itu cuma pendapat aku sebagai tetamu hehehe..Nahhh...ternyata ketika berada di Merlion Park itu, perasaan menjadi sedikit berbeza daripada apa yang aku bayangkan. Secara jujurnya ketika disitu, aku semakin teruja melihat pemandangan sekitara Merlion Park tersebut tambah-tambah lagi bila melihat berduyun-duyun pelancong yang juga ingin melihat secara dekat trademark Singapura nih. 

Seperti biasa tak banyak yang ingin aku bicarakan kerna bagi aku biarlah gambar-gambar dibawah ini menceritakan segalanya. In Sha Allah andai masih diberi peluang, kesihatan yang baik serta rezeki lebih dimasa yang akan datang, pasti Singapura menjadi salah satu destinasi persinggahan kami lagi. Dan kepada anda yang baru merancang hendak ke Singapura, jangan terlepas peluang untuk datang ke Merlion Park bersama keluarga anda kerana semuannya akan menjadi berbaloi ketika anda berada disini.

Guys...Terkadang percutian kita mungkin menelan belanja yang tinggi tetapi bagi aku sebenarnya kita membayar untuk membeli sebuah kenangan yang nilainya mungkin lebih tinggi daripada apa yang kita bayar hari ini. Dan kenangan itu menjadi lebih bermakna bila satu hari nanti dapat kita kongsikan bersama anak cucu kita..Terkenang pesan dan kata-kata seorang sahabat dahulu..
"Jika ingin meninggalkan sesuatu buat seseorang, tinggalkanlah kenangan yang paling bahagia dan indah buat dia/mereka..In Sha Allah dia/mereka takkan pernah melupakannya sampai bila-bila walau didalam ingatan " (^,^)..Yeay!

  

Control ayu & ensem huhu

Nih..banyak yg cakap dari Batam, India dan Korea...Dalam aku sibuk2 pose, sempat juga minah2 dan mamat2 kat sini suruh aku jadi photographer..layan jer laaa hehe


Cehh..pose anak beranak yang berjiwa muda hahaha..yang penting latar kapal atas bangunan tu janji adaaa...

Marina Bay Sands

Comel jer kapal nih hehe..feri kecik kut siap bawa penumpang lak tu..

Esplanade- Theaters on the Bay

Hamboiii...ayah dan adik aku nih...antara dua dunia hehehe..

Excited giler tengok view kat sini..


Err..jambatan apa tah nih hehehe..

Jiwang karat youuu...

Saje pose camnih..ngegade makcik nih hehe..

Mr.Hubby, puteri tersayang dan adik terensemm hahaha..ensem la sangattt!!!

Pemandangan bangunan dari The Merlion Park..cantik kauuuu!!..

I love this pic...macam comel jerrr hehe

Pemandangan di seberang Merlion Park

Singapore Flayer

Art Science Museum

No comments:

Followers