Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 5 January 2014

Bermalam di Citrus Hotel,Johor Bahru

Okeylah...Hari nih aku nak cerita tentang hotel pulak, sepatutnya aku update entry nih dalam bulan December 2013 sebab sebelum ini aku pernah beritahu pembaca bahawa aku akan cuba beberapa hotel lagi sebelum tahun 2013 berakhir huhuhu...Akan tetapi disebabkan kesibukkan yang melampau saat hujung-hujung tahun begitu maka aku terpaksa update lewat, takpelah asalkan aku mencapai sasaran aku tahun lepas hahaha.....Takpelah asalkan aku ada update je kannn hehe.. 

Takpayah nak sok sek sok sek sangat, kita direct to the point je lah yer. Hotel yang tersenarai dalam list aku untuk percutian lepas ialah Hotel Citrus di Johor Bahru. Sejujurnya sebelum menempah hotel nih aku rasa was-was disebabkan ini pertama kali aku menjejak kaki ke Negeri Johor jadi aku sedikit "blur" tentang hotel disana . Biasalah tu bila bawa family camtu, banyak pulak benda yang bermain difikiran lainlah datang cuma bertiga ye tak??? hehe. Tawakal jer la time menempah Hotel Citrus waktu tu. Cukuplah hotel nih terletak di tengah bandar supaya senang nak cari tempat makan huhu..penting tuuuu kang bapa dan adik aku tetiba terbangun tengah-tengah malam nak cari makanan mampus aku dan Mr.Hubby mencari jadi lokasi memang penting bagi aku.

Masa tu aku tempah 3 bilik..hambik kauuuu!!!..Nama pun bawa family enjoy-enjoy takkan nak sumbat satu bilik macam sardin lak ngeee...Dalam otak aku dah set satu bilik 2 orang tiap satu tanpa dikira puteri aku tu arr..dak tu aku leh pikul jer satu katil ngan aku dan Mr.Hubby tetapi dek kerana seorang lagi adik aku yang tetiba menolak tawaran saat aku dah menempah hotel segalakkkk!!!..Haduiii..pitam jappp...jadi dengan serta merta salah seorang dari kami tidur tak berteman. Dan kesempatan itu diambil oleh Mr.Hubby dengan memilih untuk tidur seorang..bajet bujanglah tuuu.. kwang..kwang..kwanggg..Sebenarnya tak banyak nak aku ceritakan cuma untuk aku hotel ini ruangnya agak terhad, nampak kecil dari segala segi seperti bilik mandi, katil, rak-rak beg, tempat gantung pakaian dan sebagainya. Ahh..tak kesahlahh...erm mungkin itu sebabnya hotel ini mengenakan harga yang agak murah berbanding hotel yang lain. Adoiii..tetiba jadi "aiman tak kesah lakkk" :-s

Tak banyak komen tentang hotel nih sebabnya "You get what you pay." Jadi dengan harga seratus lebih sebilik untuk sehari(with breakfast) aku berpendapat hotel ini okey terutama yang suka bergerak secara solo. Dan yang menjadikan aku sedikit tenang ketika berada dalam bilik hotel nih ialah ketika melihat keceriaan yang terdapat dalam bilik tu sendiri. Hmm..ye..nampak lawalah pulak dinding biliknya walaupun penggunaan warnanya agak terang tetapi tetap memikat jiwa terutama colour hijau..cun sesangat guys!!..Hiasan dinding pun nampak "cool" dan tak terlalu bersemak. Oh ye..hotel nih terletak di sentral ye jadi itulah juga kelebihannya kerana memudahkan anda yang tiada pengangkutan sendiri. Yang lain-lain korang leh cuba sendiri disamping sedikit gambar sebagai rujukan anda dimasa akan datang. Try ler bermalam di Citrus Hotel, Johor. Belum cuba belum tahu beb. Aku dah cuba dan aku rasa okey jewwww...hahaha..Yeay!.. 


Tema Hijau...cantik sangat warna nih tapi bilik nih Mr.Hubby yang guna..2 single bed...beraya sakanlah jawabnyeee...Adik aku menjiwang memanjang..peningggg oii.. Baju pun dah macam colour dinding aku tengok huhu..

Tema Biru...Queen Size..jadi bilik nih untuk aku,mak dan anak aku guna...hmm..Nak buat macam mana budak nih taknak jauh dari nenek dia huhu...

Tema Oren...nih bilik adik dan ayah aku...2 single bed gak...Oklah tu..saje letak ayah satu bilik ngan adik hahaha..padan muke adik aku hahaha...


Nih antara ruang dalam bilik hotel nih...kecik je ruangnya..cukup-cukup untuk bilik air,cermin,tv dan tempat letak barang. Takpelah..kat Johor nih bukan stay kat hotel sangat pun, sekadar tempat tidur jer pastu lesap balik hehehe...

Hotel nih kat sentral jer..mean korang senang nak jalan sebab keliling dia memang ada kedai runcit, kedai makan dan shopping mall baru dan lama...First time datang Johor..aku rasa hotel nih sesuai untuk backpacker travel kut hehe...

Klik sini untuk mendapat hotel yang lain --> SINI

2 comments:

Jari Manis said...

berbaloi lah ye dng rate yang di bayar ek

seripelangi said...

Rasanye camtulah maksudnya,kira padan dengan harga :D

Followers