Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 3 January 2014

Haii...Selamat Tahun Baru 2014

Gara-gara lupa bayar broadband, aktiviti update-mengupdate nih jadi terbengkalai pula.. Hmm...No wonder la tenet aku nih takpat connect 2,3 hari nih..ingatkan celcom buat hal lagi..Yaa ampunnnn!!!....huhu..Apa-apa pun...Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca lama dan baru. Ini merupakan entry pertama untuk tahun 2014 dan juga merupakan entry tirai pembukaan bagi tahun nih. Alhamdulillah tahun 
ke-4 meneruskan coretan didalam blog seripelangidivra ini mungkin tidak ada banyak bezanya dengan entry-entry terdahulu namun aku cukup berpuas hati kerana blog ini masih bertahan sehingga ke hari ini..chewaahhhh.. :-p

Mengenang kembali permulaan blog ini membuatkan aku tersenyum sendiri, dari blog sekadar untuk suka-suka kini menjadi blog yang harus aku berikan perhatian selalu walaupun aku sadari bahawa terkadang blog ini mengalami kesilapan teknikal yang ada waktunya menjengkelkan aku..ngeee....Bagi aku setiap apa yang aku kongsikan bersama kalian diblog ini hanyalah sebahagian dari perjalanan hidup aku dibumi Allah tercinta ini..sesungguhnya aku begitu teruja berkongsi saat gembira dan terkadang ada waktunya berkongsi saat dukaku bersama anda semua..Terima kasih diatas sokongan anda semua. Dan aku yakini setiap terjemahan minda melalui madah dan nasihat yang tercoret di entri-entri beserta ilustrasi mudah bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi niatku sekadar menyampaikan kata-kata itu secara telus, mudah dan mengikut gayaku sendiri.  Setiap apa yang anda baca diblog ini juga terhasil daripada pembacaanku, kefahamanku tentang sesuatu, perkongsian dari bicara teman-teman dan juga datangnya dari pemikiran seorang yang tak punya apa-apa kelebihan selain terus mencuba untuk "berfikir luar dari kotak" disamping memberikan kata-kata semangat buat teman-teman diluar sana. Sejujurnya...Aku tidak berharap untuk menyentuh semua hati pembaca, cukuplah cuma seorang dan In Sha Allah yang seorang itu mungkin akan menyentuh hati yang lain melalui kata-kataku.

Akhir sekali terima kasih buat anda yang selalu aku gelar sebagai "silent readers". Anda semua begitu banyak mengubah ranking entri-entriku dan secara tak langsung memberi sokongan serta menyedarkan aku bahawa blog ini juga ada pengikutnya sendiri. Dikesempatan ini masih belum terlambat kiranya aku ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2014" buat anda semua dan aku doakan semoga anda semua mencapai matlamat baru dalam hidup anda. Bagi aku pula tahun 2014 ini merupakan tahun untuk aku lebih focus tentang sesuatu dan menanam semula azam baru disamping berharap semuanya tercapai dengan izin dari-NYA..In Sha Allah... Disamping mengenang saat-saat gembira pada tahun 2013, sama-samalah kita berusaha untuk melupakan kepahitan tahun-tahun sebelumnya. Mudahan perjalanan kita di lembaran baru untuk tahun 2014 bagi episod-episod yang akan datang berjalan dengan lancar dan tidak tersekat-sekat. Yeay!!!... 
"SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA!"

2 comments:

Jari Manis said...

Selamat tahun baru Nur..

Semoaga tahun ini lebih baik can ceria dari sebelumnya..keep oon writing maybe JM bukan salah sorang dari silent reader heee

seripelangi said...

adoi..nak tergelak jap..haha..makasih..awal dah hint nih JM...ye faham hehe... (^,^)

Followers