Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 14 January 2014

The Federal Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hai semua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat umat Islam di dunia nih. Hmm...minggu sebelum nih aku cerita tentang hotel kat Johor dan hari nih sibuk nak cerita tentang hotel kat KL lak..huhu..Biasalah tu..aku ni kan suka bab tolong promote-promote hotel nih, korang layan jer lah ye kuikuikui. 

Di KL kami mencuba sebuah hotel lama yang diberi nafas baru (<--ye ke? hehehe) dan yang masuk dalam ketegori 4 bintang iaitu The Federal Hotel. Dah agak lama dah rasanya hotel nih wujud, kalau tak silap sejak zaman aku dok ikut mak dan ayah ke KL dulu-dulu. Sebelum nih tak pernah pun singgah cuma setakat lalu depan pintu jer almaklumlah zaman tu nampak mewah sesangat so awal-awal lagi ayah aku dah kecut perut hehe..Okeylah, bercerita pula tentang Federal Hotel nih, memang tak dinafikan banyak perubahan yang aku nampak terutama bahagian lobby. Oh ye..Jika anda gemar membaca tentang sejarah atau ingin mengetahui tokoh-tokoh Malaysia sebelum nih, silalah singgah di hotel nih..owww..begitu klasik sekaliii, tak caya??? tengoklah sendiri..hehehe..

Ketika berada di sini aku masih menggunakan 3 bilik almaklumlah datang sekampung hikhikhik..Dan setiap bilik mempunyai 2 katil single yang empuk-empuk belaka hehehe Yup..Aku cukup berpuas hati dengan harga yang di tawarkan  memandangkan bilik yang kami guna selesa, bersih dan agak luas. Sebenarnya aku sangat memuji sikap para pekerja Hotel Federal nih kerana bekerja penuh bertanggungjawab, sopan, cekap, pantas serta murah dengan senyuman. Thumb up untuk staf2 semua kerana dengan adanya layanan sebegini, hati para customers pasti sentiasa rasa sejuk termasuk aku ekekeke. Apa-apa pun korang memang pekerja yang berdedikasi! Pengalaman stay disini memang menyeronokkan dan apa yang lagi penting bagi aku ialah lokasi hotel nih memudahkan kami untuk berjalan ke Times Square, Pavilion, BB Plaza, Lot 10,Low Yatt dan sebagainya...Motif ke KL pun cuma nak 'menyopping" kannn..jadi pepandailah pilih port hehe...Taxi yang ada pun cuma untuk ke airport je..Jimatkannn hehehe...Yeay!..

Nak cuba hotel lain sila click SINI

Nampak jer camni tapi bila dah baring ..hmmmm....biar mimpi sampai ke bintang babeee!! ekeke...

Almari besar gedebak tapi tak guna punnn..hehe..

Korang kalau nak berendam pun leh..huhu

Seketeriiiii aku nih sibuk memanjangggg...

Kene ada..Penting! hehe..

December Mode ye..so faham-faham jer la napa ada pokok christmas kat situ hehe

Cantik tak background tempat puteri aku bergambar nih?..Ukiran yang sangat cantik dan sememangnya kerusi kayu yang disediakan sesuai untuk seisi bergambar sebelum check-out hehe....Nih kat lobby hotel ye..



No comments:

Followers