Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 24 December 2014

Berhujan di Avenue of Stars 2014

Hari ke-3 di Hong Kong cuaca kurang elok, sedikit hujan dan berangin.  Mujurlah aku siap-siap dah bekal payung dari rumah...Nampak??? begitu bersedianya aku ekekeke...Rancangan kami untuk hari terakhir nih untuk ke Avenue of Stars, dimana boleh aku katakan ini adalah kawasan yang wajib singgah bagi pelancong seperti kita. Sayangnya waktu kami disini iaitu anggaran jam 11.30pagi, hari mula hujan renyai-renyai diluar..suhunya jatuh ke 19 celsius berbanding hari sebelumnya iaitu 21 celsius....Cuaca tidak begitu mengizinkan jadi kami hanya sempat berada disini selama lebih kurang 1 jam itupun dalam keadaan tergesa-gesa kerana anak kami mula mengeluh kesejukkan. Owhh......inilah akibatnya bila aku dah pesan awal2 guna sweater tapi Mr.Hubby and anakku just buat derk...kan dah sejukkk....Aku yang guna sweater pun rasa sejuk sampai ke tulang inikan pula yang cuma guna baju T-shirt hehehe...nasib lerrr....Nak sangat sejukkannn hehehe..

Sebenarnya tak banyak yang dapat aku ceritakan disini kerana kelihatannya kawasan ini sedang dibaik pulih jadi ada beberapa jalan pintas ditutup dan keadaan ini memerlukan kami untuk berjalan lebih jauh ke Avenue of Stars. Dengan cuaca hujan, keseronokkan itu berkurangan untuk menikmati keindahan kiri kanan bandar...cuma yang dapat dilakukan berjalan sepantas mungkin agar cepat sampai dan bila dah selesai perlu berlari-lari anak semula ke stesen MTR. Sesekali aku melihat anak kami begitu teruja walaupun bajunya hampir separuh telah basah, rasa hilang kepenatan melihat dia ketawa sambil mengikut kami berlari-lari melintas jalan. Pendek kata...walau dalam sejuk...dalam hujan tetapi kami masih ketawa sambil menikmati hujan di negara orang.Bukan selalu pun dapat macam nih hehehe...Yeay!...

Aku dah siap-siap bawa 2 payung hehehe...ready to Avenue of Stars katanyaaa....Payung untuk ke Pasar Ikan sampai ke Hong Kong juga akhirnya ekekeke

I loiiike this pictureeee...macam dah hampir senja je kan walhal baru jer nak masuk tengahari.

Cantik tak kapal nih? Malangnya hari tak sesuai untuk kami mencuba benda nih..."Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..." <--faham maksudnya? huhu

Kalau hari cerah mesti bangunan-bangunan kat belakang tu nampak jelas...adusssss...satu kerugiannnn

Cik director....Actionnnnlah sangatttt....

Nampak kapal lalu, terus aku berlari-lari semata-mata nak ambil view kat belakang....kapal tu penting youuu....hehehe...

Entah tak tahu siapa kat belakang dak tu...tak sempat baca hehehe..
Bruce Leeee.....Yeayyy...akhirnya aku jumpa juga dia walaupun dalam suasana begini..Happynyelah hati ini dibuatnya oiiiii....Idola zaman bebudak..betapa hebatnya kung fu yang dibawa dalam filem-filem aksi suatu ketika dulu. Ramai pulak yang letak bunga kat situ tapi yang jujur bukan dari aku huhu...Sorry jangan jeles sebab aku bubuh beso gedebak gambar nih kat sini kehkehkeh...


Dengan Bruce Lee kitaorang tak main pose bertiga...sorang-sorang baru best hehehe...Walau hujan kami gigihkan diri berdiri dalam hujan. Demimu Bruce Lee..kami sanggup jer ekekeke...

Nampak muka anakku menahan kesejukkan..apa yang kami sentuh semuanya rasa macam pegang ais huhu...

Sebelum balik sempat lagi duduk kat kerusi director hehehe...


Sempat la ambil gambar Hand Print Jackie Chan...Sebenarnya beratus lagi hand Print celebriti yang lain cuma aku nih tak berapa nak kenal sangat and tak berminat sangat nak capture gambar camni hehehe...

Kalau yang tak bawa payung tu jangan risau..diaorang memang dah ada siap-siap jual dalam mesin ...nampak cantek je kan tapi harga pun cantek jugakk...Bayangkan air mineral botol kecik diaorang jual 18HKD...payung nih agak-agak berapa ek??.huhu

Segera masuk ke lorong pejalan kaki untuk ke MTR...kat bawah nih panas sikit berbanding di luar...Nampak je kosong kan????...Tapi hakikatnya sesak dalam nih sampai aku pun rasa pening dibuatnya..kalau nasib anda baik dapatlah tempat duduk dlm MTR..kalau tak hmmm..kene berdiri sampai ke stesen yang ditujulah nampaknya. Yang aku perhatikan semua orang nampak nak cepat je tak kira tua atau muda...betullah orang Hong Kong semua sihat-sihat belaka...mungkin disebabkan berjalan cepat-cepat tiap hari camtu kut secara tak langsung menyihatkan tubuh badan diaorang.. 


No comments:

Followers