Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 13 December 2014

Melawat The Peak Hong Kong 2014

Memandangkan lawatan kami ke Hong Kong cuma 4 hari 3 malam sahaja, maka jejak je kaki di lapangan terbang Hong Kong, aku terus ajak Mr. Hubby melawat The Peak terlebih dahulu . Selesai segala penghantaran luggage ke hotel, kami pun mencuba transport utama kat Hong Kong iaitu MTR. Apa guna beli Octopus card kalau tak digunakan kuikuikui... Ye la.. memandangkan sampai pun jam 0930am dengan masa yang diambil untuk meninjau lapangan terbang jer dah habiskan 1 hingga 2 jam jadi kenelah atur balik jadual yang telah disediakan sebelum berangkat ke Hong Kong 2,3 hari lepas. Betullah kata orang bila melancong tanpa ejen nih kekadang kita terpaksa skip satu dua tempat untuk menyelaraskan balik masa yang dihabiskan tanpa sedar hehe..So dipendekkan cerita, kitaorang singgah tempat yang penting je....Takpelah...janji puas hati hehe..

The Peak merupakan satu tempat yang para blogger selalu sarankan pada semua yang datang ke Hong Kong nih . Bila dah lihat sendiri kenapa perlu singgah kesini  baru aku faham, rupanya THE PEAK boleh aku katakan seperti nadi bagi Hong Kong kerana dengan hanya berada disitu kita boleh melihat seluruh Bandaraya Hong Kong yang sangat memukau hati. Umpama kita melihat gambar di dinding...cantiknya tak terkata. Mungkin sebab aku biasa tengok pokok-pokok kut sebab tu bila tengok bangunan "bertingket-tingket" jadi teruja semacam :-D. Yerp..apa lagi yang boleh aku katakan selain kepesatan ekonomi dan pembangunannya memang jelas kelihatan disetiap sudut ketika berada di puncak tertinggi The Peak nih. Bangunan-bangunan tinggi seakan berebut tumbuh disetiap celah hahaha...Aduiyaiii..malas nak cerita panjang lebar.... Nak lagi jelas...jom tengok gambar-gambar kat bawah hehehe...Yeay!


Letih dah berjalan tetiba terjumpalah tempat yang dituju...Jalan diaorang macam naik bukit, seeloknya makan sebelum ke sini bagi yang guna MTR sebabnya memang aku rasa semput nak jalan ke sini...nafas turun naik takyah cakap...dahaga segala anak tekak nih gara-gara nak gi The Peak haha..Sebelum masuk wajib pose kat sini dulu...Perkataan kat belakang tu penting ngehh..ngehh..ngeehh...



Kami sampai jam 11am tetapi keadaan dah mula sesak. Hmm..aku sarankan kepada yang bawa bebudak...lebih elok bawa waktu siang sebabnya bila dah jam 6,7pm ....keadaan nampak tak terkawal dan sesak yang melampau kerna masing-masing berebut nak masuk tram...Mujurlah dah plan nak datang sini waktu siang hehehe...Harga tiket masuk?? errr...aku tak ambik port pasal tiket2 nih..biarlah Mr.Hubby yang uruskan hahaha...cuma yang aku tahu dia ambil package family kut haha...



Kat Pintu Masuk pun kita orang sempat jerrrr.....Bukan dapat datang selalu pun sebab tu tiap sudut ade jer muka kitaorang hahaha...


Ehh...abg Jackie tawwww.....walau cuma poster...wajib juga kami berpesta kiri kanan dia ngeh..ngeh..ngee... Bila kami bergabung dengan Jackie Chan....nampak comel tak? ekekeke...sadissss!!!!

2014..wajib pose sini sebelum diaorang ganti yang baru untuk tahun depan.


Gelagat kami ketika berada di The Peak I Love You...sempatlah juga kami bertiga tinggalkan kata-kata azimat untuk tahun 2014 nih..Mudahan bila anak aku melancong kat sini lagi suatu hari nanti ..dia dapat baca balik apa yang mama dan daddy dia tulis...itupun kalau masih ada tergantung kat sini.
Buat anakku...Ingat ye..Mama gantung tiga-tiga kertas kita ditempat sama dan terletak betul-betul kat tempat tangan Mama berada kuikuikui..hinttt....

Nampak Tram kat bawah tu..sekali tram tu bawa penumpang naik..aku yang besar gajah nih pun rasa macam nak jatuh duduk dalam tu hahaha...layan jer laaa..

Turun jer tetiba kami berada disini...sesat ke ape..entahlah...cari Tram punya pasal hahaha...rupanya Tram tu berada sebelah kiri dari arah pintu keluar tu jer...korang keluar terus ke kiri...ada satu sudut kat situ korang diarah untuk beratur...kat situlah tempat nak turun semula huhu...

Nikmatilah pemandangan indah ini....Gambar yang diambil pada tengahari dari THE PEAK dimana keadaan cuaca mula rasa sedikit berangin..Jika dilihat pada waktu malam mungkin lebih cantik dengan sinaran lampu yang menghiasi bangunan-bangunan pencakar langit tetapi dengan bebudak payah nak menyusun jadual untuk malam..banyak songeh (>,<)


2 comments:

Juls Julie80 said...

yeaayyyyy makcik update blog sudaaaaaaa

disarankan utk meletakkan gambar seketul2 & saiz large @ extra large cam gambar last itewwwww... heheh

seripelangi said...

Haha...update sebelum 2015...tengok keadaan ye mokcikkk...

Followers