Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 11 December 2014

Meninjau Airport Hong Kong (^,^)

Assalamualaikum dan haluuu semuaa..Alhamdulillah setelah beberapa hari aku dok peram gambar-gambar yang ada dalam entry aku nih, baru hari ini aku berkesempatan untuk menyambung semula entri yang terbengkalai nih. Biasalah tu, bukan tiap waktu kita rajin duduk depan komputer camnih hehehe..Apa-apa pun, rasa teruja untuk berkongsi kisah percutian singkat keluargaku ini tetap tak dapat dibendung lagi. Keseronokkan yang aku rasa semenjak balik bercuti sebenarnya membawa mood-mood yang baik kepadaku kebelakangan ini hehe..Syukur kepada Allah kerana diberi rezeki dan masih berpeluang untuk bergembira ditempat orang bersama Mr.Hubby dan Puteri tersayang. Untuk pengetahuan pembaca, kali ini kami memilih Hong Kong menjadi destinasi percutian kami dan trip kali ini menjadi lebih bermakna dimana Mr.Hubby membawa kami ke sini sempena untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan yang ke-14. Adehhh...terharu rasa hati bila mendengar.

Untuk entri kali ini aku mulakan dengan beberapa keping gambar lapangan terbang Hong Kong dimana sedia maklum airport Hong Kong tersenarai dalam Top-5 airport terbaik dunia dan aku sendiri kagum setelah melihat sendiri sistem pengangkutannya awamnya tersangatlah cekap dan efisien. Benar kata rakan blogger yang lain..walaupun lapangan terbang ini besar tetapi ia tidak merumitkan kita malah menjimatkan masa kita daripada letih berjalan hehe.., Selesai saja urusan di Terminal 1, kita akan dibawa ke Terminal 2 untuk menggambil luggage dengan menggunakan MTR (lebih kurang macam LRT dinegara kita) yang sedia menunggu..Dan andaikata ada yang terlepas jangan risau kerna MTR sentiasa ada selang seminit dua. Sesekali aku seronok melihat betapa canggihnya sistem pengangkutan di negara orang. Yeay!


Terminal 1
Ni ler MTR airport Hong Kong..Korang akan dibawa ke terminal 2 dengan MTR(Mass Transit Railway) ini untuk menggambil luggage korang. Kalau tak faham juga...ikut orang je kuikuikui..



Nampak Travelex tu?...Kat situlah tempat untuk membeli travel simcard ye...Tu bagi yang nak online 24hour or nak call..Tapi rasanya kat Hong Kong nih kat mana-mana pun ada wifi sampaikan sim yang Mr.Hubby beli pun cuma sempat sekali jer digunakan..hadoiii..

Nampak ayat "TRAINS TO CITY"?..Kat situ la tempat kitaorang beli Octopus Card...Card nih sangat berguna bagi yang nak jimat belanja dan suka adventure..Pendek kata..taxi tu tak diperlukan kalau dah ada octopus card nih hehehe....Dah cakap dah sistem penggangkutan diaorang sangat canggih.


Nampak orang tua baju putih tu?..Agaknya ada kaitan dengan pengankutan dalam airport nih kut...Dengan senyuman dia menyapa maka kami pun tanpa segan silu mula bertanya ekekeke...Orang tua nih le yang beritahu kami dimana nak beli Octopus card..Baiknye la dia melayan pelancong ye..Thank You Sir

Nampak kedai Popeyes kat belakang anak aku tu? Kat situ la korang nak cari makanan HALAL. Signboard dia ada cop halal..nampak ke yg bulat warna putih tu..cuma tak nampak jer word HALAL sebab terlalu shining kuttt hehe..Korang toleh kiri nampak le kaunter Popeyes nih.. Aku siap tapau bawa balik hotel buat alas perut anak aku...ngeh..ngeh..ngehh.. 


Terminal 2


Time nak balik aku mula pusing-pusing keliling airport nih. Tak ramai orang sebab masa tu masih jam 6am sebab tu banyak kedai yang belum buka.

Pemandangan yang mungkin lepas nih entah bila aku akan lihat lagi hehe

Kat terminal 2 nih...lepas keluar masuk MTR...Masa nak berangkat kene masuk bas pula, siap bas nih melintas landasan kapal terbang dia pula..Terbeliak kejap bijik mata nih sebab tak sangkalah semua guna transport nak pergi setiap lokasi. Nampak tak betapa efisiennya? hehehe..Bila tengok luar jer... nampak bersusunlah juga kapal terbang time tu hehe...Oh ye..aku sebut bas jer tapi kene berdiri jer dalam tu sebab tak ada tempat duduk disediakan ...tak sampai 3 minit sampailah seberang tu hehehe..


Kalau korang bawa bebudak, takyah pening..lepas korang naik bas tadi..airport nih pun ada menyediakan tempat bebudak main...Anak aku tak lepaskan peluang dengan merasa sikit benda-benda yang terpacak kat situ kuikuikui

Kehkehkeh...sampai ke Toilet aku check tau...Manelah tau ada kekurangan tetapi korang sendiri pun nampakkannnn..betapa berkilaunya tandas diaorang ekekeke...Budak tu siap main sabun and air dalam toilet..Aadoiiii...wangi sabun tu katanyaaaa..

Cerita seterusnya kita jumpa dilain entri hehehe...daaaa...

Nota: Oh ye...Terima Kasih kepada rakan blogger dan otai-otai yang menjadi sumber rujukan sepanjang berada di Hong Kong nih. Tanpa informasi daripada korang mungkin perjalanan kami tidak selicin begini. In Sha Allah...dengan sedikit pengalaman yang diperolehi sepanjang trip ini akan dikongsi bersama rakan-rakan diluar sana yang juga ingin membawa keluarga dan teman-teman melancong ditempat yang sama. Mudahan informasi dan tips2 yang akan di beri nanti akan membantu anda semua. Apalah salah kita saling bantu membantu...tak rugi kannn hehe...Thanks Otai2 semua kerana tak pernah kedekut untuk berkongsi cerita..wink..wink...




2 comments:

Jari Manis said...

Tahniah...dah masuk ulangtahun ke 14..

Lepas baca entri ni rindu sama Hong Kong tapi ntah bila nk repeat lagi

seripelangi said...

Thanks JM...alhamdulillah dah 14 tahun dah...(<--yang ni betul hehehe) Thanks juga sebab sebelum nih Blog JM sering menjadi tumpuan dan rujukan utama sebelum berangkat dan ketika kat sana. Jasamu ku kenang hehehe...

Followers