Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 7 October 2012

Berkelah Di Tepi Pantai

Woweeee...akhirnya jejak juga kaki ku ke pantai pada cuti hujung minggu begini.Owhh..bukan maksudnya aku tak pernah pergi pantai tetapi setelah 3 tahun lebih tinggal di daerah ini, baru hari ini berpeluang dan kebetulan Mr.Hubby terbuka hati untuk membawa aku dan puteri kami berkelah sejam dua di tepi pantai. Alhamdulillah, dapat juga kami mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti dihujung minggu begini.Seronok juga bila melihat telatah puteri tersayang kami yang begitu teruja melihat laut dan bermain pasir walaupun dalam masa yang sama aku merasakan kulit muka dan badanku terasa kepanasan akibat berjemur dibawah terik matahari..Inilah habuan dan hadiah untuk aku bila balik dari berkelah pagi tadi...kulit rentung tahap gabannnnn..Yeay!!!... 


Kami sampai di Pantai kuala seawal jam 9.30am..tak lama mana pun untuk sampai kesini,cuma beberapa minit jer dari rumah kami tetapi Mr. Hubby tak terfikir pun nak ajak ke sini sebelum nih hehehe..Pehhhh...ketibaan kami disambut dengan keadaan air mula surut dan ombak tidak kelihatan,tenangnye laut hari nih..berjerebu lak tuuu...Tak mengapalah...best juga melihat air surut begini...senang juga aku nak control puteriku daripada berlari-lari anak kat tepi pantai begini,kalau pergi waktu air naik kan jadi masalah pula..dan-dan kene balik hehehe..

Owhh...pantai nih agak berkelodak..lumrah bagi sesetengah tempat tetapi itu tidak menghalang Mr.Hubby dan Puteriku untuk bermain air di pesisiran pantai.Layan jer la sementara dah sampai, nanti tak la rasa menyesal bila balik rumah. Aku???..err..macam biasa..aku takat capture gambar dan ikut dari belakang jer..tak kuasa aku wehhh..dah umur masuk 3 series nih, lemau lak nak melompat2 tepi pantai huhu.

 Saat aku paksa puteriku untuk menggunakan payung gedebak untuk melindungi daripada bahang matahari yang terasa betul-betul atas kepala ketika itu.Risau gak pada mulanya sebab anak aku nak ke sekolah esok hari, jadi dalam bersuka ria nih, kesihatan diutamakan yerrr kang demam,aku juga yang susahhhhh...

 Puteriku mula excited...dah start dah buat marathon di tepi pantai..mujur la pantai nih takde orang sangat..nak jerit pun senang cikit..kira tempat test suara pun leh gak..hahaha...

 Apa lagi yang dak nih buat??? Lepas bermain air sekarang dok melukis-lukis lak sorang-sorang kat permukaan pasir. Adeiiii...melukis nih memang tak leh jauh dari hidup dia kut??

 Gaya seorang model yang cuba merenung masa depan hahaha...Macam kalah judi pun ada gak kuikuikui

Ni la aktiviti Mr.Hubby dan puteriku selepas sejam dua merendam kaki di air laut...apa lagi kalau bukan bermain dengan pasir. Angan-angan nak membuat castle segalakkkkk tapi yang jadinya camtu jerr ..yerr..camtu jerr..dengan 2 timbunan pasir dari bekas air, takde dah istana menanti seperti yang dirancangkan huhu...

No comments:

Followers