Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 20 October 2012

Hari Keluarga Sekolah Anakku

Feww..Tahun ni merupakan tahun kedua aku mengikut Hari Keluarga anjuran sekolah tempat anak aku belajar.Wahhh..tahun ini walaupun cuaca kurang mengizinkan dan ditambah pula dengan bekalan elektrik yang terputus sejam dua,tetapi aktiviti tetap diteruskan macam biasa. Tabik buat Gurubesar,guru-guru serta kakitangan sekolah yang bertugas dimana usaha mereka yang tak pernah henti untuk menjayakan Hari Keluarga tahun ini. Dan aku juga tumpang gembira dengan kehadiran ibu bapa dan bekas-bekas pelajar yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis walaupun kebanyakkannya lebih suka menjadi penonton sahaja. Tak apalah walau cuma tunjuk muka, yang penting kehadiran kita untuk memberi sokongan kepada pihak sekolah adalah sesuatu yang sangat diharapkan disamping mengeratkan hubungan sesama ibu bapa. Dan pagi ini aku dan Mr.Hubby turut tak ketinggalan menggambil beberapa gambar sepanjang aktivti Hari Keluarga ini berlangsung....seronoknyaaa!! Yeay!


Aktiviti pertama ialah membuat senaman aerobik bersama cikgu dan ibu bapa.Hmm...walaupun hujan masih turun tetapi aktiviti bersenam ini tetap diteruskan.Semangat aku bersenam pagi nih hehehe..lama dah tak keluar peluh,seronok juga melihat telatah bebudak dan tak kurang juga yang asyik bergurau senda sesama sendiri.


 
 Opsss..baru jer lepas bersenam, aku dan puteri terus dipilih untuk mengikuti salah satu acara iaitu acara berjalan atas kotak.(Err..sorry..aku taktahu nama game tu sebenar hehehe) Rasanya kumpulan kita orang dapat nombor dua kut kalau tak silap. Time nih aku rasa semput semacam..dok kutip kotak satu hal..dok membongkok memanjang satu hal. Berderau gak darah aku dibuatnya hahaha..


Baik-baik belaka muka bebudak nih bila cikgu mengarahkan untuk duduk. Semuanya mendengar kata guru..Bagussss..inilah yang kita mahu lihat hehehe



 Mr.Hubby turut menggambil bahagian dalam sukaneka yang dianjurkan iaitu membaling botol air dengan menggunakan kelapa..ala-ala bowling gitu hahaha..Rasanya dialah satu-satunya bapa yang dok mengaktifkan diri dalam beberapa acara sementara bapa yang lain lebih sanggup jadi penonton dan tukang sorak hehehe.Masih malu dan segan kut hehehe...Tapi tak apa..yang penting tetap datang untuk memeriahkan suasana...itu yang lagi penting..


 Cikgu-cikgu pun tak kurang hebatnya..turut menggambil bahagian sampai tak menang tangan melayan karenah bebudak...ngeee..


Acara terakhir iaitu membaling baloon air hehehe..acara nih memang awal-awal aku dah elak..Mujurlah group aku semuanya aktif-aktif belaka so tak jadi masalah untuk memilih peserta..


No comments:

Followers