Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 17 July 2012

Jemput Tengok :-D

Ohhh..sepanjang minggu lepas hinggalah ke minggu nih aku dipenuhi aktiviti...Dan yang paling bestnya hari ini aku bersemangat untuk kongsikan bersama2 kengkawan dalam blog aku nih.Rasanya bukan takde idea tetapi sekali sekala aku ceritalah benda yang lain kannn..takkan nak tempek gambar photoshop memanjang hehehe...Mudahkan hidup anda yeee..jangan nak pening2 lakkkk... Kalau aku enjoy dengan berblog cara nih jadi apalah salahnya kannnn...Yang penting kita selalu happy dengan apa yang kita buat.Meh la tengok apa yang aku buat dan jemputlah berjalan disekitar2 rumah aku. Sambil melihat aku explain yerr...Yeay!!


Kek Pandan Bersalut Coklat


 Minggu nih mimpi aku lain macam...kejap2 rasa nak buat kek..kejap2 rasa nak hias kek hehehe..Penangan "Cake Boss" dan "Faboulous Cakes" dirancangan TLC Astro betul-betul memberi impak kat aku walaupun aku memang tak minat makan cakes2 nih. Peh dengan semangatnya aku cuba buatkan satu cake pandan bersalut coklat setinggi 3 tingkat.Adeiii..macam tinggi tapi sebenarnya sebesar tapak tangan jer hahaha..Tuu..nampak tak coklat dia, sampai melimpah ruah cream coklat kat cake tu..biasalah aku kan tarer bab meyimbah nih hehe..siap tabur gula2 lobbb lobb loobb dan coklat rice lak tu sebagai hiasan..Kau adaaaa??? ekekeke...Ohh..target aku yang nak makan kek nih pun cuma puteri aku sebab tu tabur segala mende yang aku sendiri takmo nak telan.Bebudak kan suka coklat dan benda yang bercolourfullll...tu jer pancing aku untuk dia hehehe Adeii..tapi yang malangnya cakeku tak secantik seperti yang diimaginekan,nampaknya bakat aku takde kearah menghias kek nih ..aku pasrahhh!!!...:-s

Honey Dew Melon!!....





Choyy..choyyy..choyyy..sape sangka biji benih yang disemai beberapa bulan yang lepas akhirnya menjadi begini.Makaceh kepada ayah tercinta yang turut membantu menyemai biji benih ini dan rela biji semaiannya  diimport ke kebun belakang rumah aku nih hehehe..Dan makaceh juga buat Mr.hubby yang rajin mengorek tanah untuk tapak semaian honeydew nih...hehehe..Part tanam honeydew nih memang part yang aku paling "excited" sebabnya buah nih buah favourite aku,jadi teruja tu menjadi berganda-ganda lebihnya hehehe..Setiap kali jenguk kebun kat belakang rumah,mesti aku rasa macam biji mata aku nih "blinkk..blinkk..blinnkk.." heehe..Dalam hati lak tak sabar2 nak petik dan bawa balik kampung halaman sendiri then tunjuk kat ayah biji yang dia semai dulu.Ingat..."Sharing is caring" hokeyyy!!!...Harapnya takde serangga atau tikus2 montokkk yang nak serang honeydew nih...kalau tak ada aku frust menonggeng lepas nehhh :-O.

Terung dan Bendi


Terung Ungu nih dah banyak kali dah aku dan family bedal. Hasilnya beso2 gajahlah jugokkk sebab biji benih pun dari benih yang sihat dan gedebak gitu hehehe..Sebenarnya ini adalah pohon yang aku buat experimen...pas merujuk segala buku2 dan mengingati step mencantas yang aku pelajari dari Pensyarah2 time kursus dulu maka aku mula memberanikan diri mencantas sana sini dari start dia berdaun 6 dan 8 manakala pokok terung yang lain aku biarkan camtu jer,sebabnya aku cuma nak lihat apakah perbezaannya. Ternyata ilmu itu tidak menghampakan.You know what..ketinggian dan cabang2 pokok terung itu melebihi target yang aku imaginekan sebelum ini. Dan sekarang aku cuba mempraktikkan pada dahan bendi yang Mr.Hubby tanam kat belakang rumah aku lak..tapi rasanya bendi nih jenis "katek" kut sebabnya lum apa2 dah mula berbuah kwang..kwang..kwanggg...Tapi takpe..experimen tetap experimen kannnn..so aku cantas gak sebagai permulaan..confidence level aku tinggi kali nih hahaha.."Practice Make Perfect" hehehe 

Peria Pahit


Entahlah,aku tak target tinggi untuk sayur peria nih sebabnya dari berpuluh benih yang aku semai tapi cuma 2 nih jer yang menjadi.Dan yang paling buat mood aku hilang,buahnya yang terdahulu tak begitu sihat dan lagi menyakitkan hati bila lihat daun kekuning hingga layu sebelum waktunya hehehe...Tapi kali ini melalui pengamatan mata kasar aku dan melihat kepada daunnya yang berwarna hijau pekat gitu,insyaallah peria aku kali ini menghasilkan buah.Dah banyak kali gak mencuba tanam peria nih..semuanya tak sesihat dan hidup lama..Adeiiii..harapnya 2 pohon peria yang tinggal nih akan menunjukkan tanda2 positif..takde la aku putih mata tengok daun jer hehehe...

  Sengkuang


Nih sengkuang yang Mr.Hubby tanam..adeiii...aku dan dia bukan kuat mana pun makan sengkuang nih.Katanya buat rojak sedap,jadi tanam kene lebih..mana tau datang mood buat rojak nanti leh korek belakang rumah..hehehe..Yup..Mana-mana2 pun ok..tapi first time tanam sengkuang nih dan tak banyak masalah..cuma perlu tabur dan semai benih kemudian tinggalkan camtu jer.Kata orang semudah ABC hehehe..Kalau takde serangga perosak sangat maka sihat ler sengkuang korang..janji peringkat permulaan kene rajin siram.Jangan malas2 tauuu..Err..orang kata kat dahan sengkuang akan ada tumbuh kekacangnya macam kacang panjang,dan juga leh dimasak seperti sayur..tul ker? Aku tak pernah tengok dan try lagi..? Takpe..ada masa aku cuba..cuma tunggu dan lihat jer laaa dulu hehee..

Kacang Panjang Benih Hijau dan Ungu


Adeiii..first time tengok benih kacang panjang ungu ke hitaman nih..tu pun biji benih yang diberi oleh jiran aku.Mulanya aku ingat kacang panjang hijau jenis panjang berjela tu,tapi tup tap tup tap yang jadinya colour ungu kehitaman gitu.Suspen juga jiwa aku dibuatnya pasal aku tak pernah tanam jenis nih dan memang aku first time tengok gak.Bila dia jadi camtu,aku memang takut nak pegang, apatah lagi nak buat menu masakkan sampaikan aku terfikir macam nak cabut jer dahan kacang panjang time tu gak.Tapi aku bernasib baik sebab lum sampai aksi camtu lagi,mujur ler mak aku bermalam kat rumah aku aritu,dia lah yang menerangkan aku jenis2 kacang panjang nih.Malu bertanya sesat jalan youu..daripada aku wat bodo dan tengok berjuntai camtu jer,baik aku tanye elok2 kurang2 aku tau mende yang aku taktahu sebelum nih hehehe..Kalau tak,ada aku ingat kacang panjang nih jenis beracunnnnn wakakaka..lawak tulll....Dan yang lagi lawak bila aku masih belum merelakan diri memasak menu baru buat santapan family,trauma aku masih menebal dijiwa..takut ada racun kut walaupun sebenarnya macam sayur biasa gak hahaha..Jadi petang semalam aku dan Mr.Hubby pakat hantar hasil kacang panjang tu ke rumah mak mertua jer,ye laa..daripada terbuang baik kita beri kepada orang yang pakar tentang sayur2 nih ye takkk.Mana tau Mak mertua aku reti makan kacang panjang ungu  nih,kalau dia tak reti gak..maka sedekahkan jer kepada saudara mara terdekat kat situ hehehe..Pehhh..mak mertua aku memang hebattt..bukan setakat reti makan tapi siap mintak aku simpan biji benih kacang ungu lak tu.Mujur ler kacang panjang hijau aku menjadi gak,kalau tak memang putih mata la aku dibuatnya wakakaa...
  
Cili dan Kacang Tanah


 Cantek tak cili2 aku? hehehe..nih ler koleksi cili2 yang aku ada..takat nih aku dan Mr.Hubby ada tanam 4 jenis cili yang berlainan size dan jenis..dari sekecil-kecil cili padi hingga ke sepanjang2 cili kering,dari sekurus2 cili2 hingga segedebaknya cili..adeiii..kalau leh aku nak cuba tanam pelbagai jenis cili tapi semaian aku asyik kene rembat dek burung2 yang dok berterbangan area nih jer..nyampahnyeeee...!!! huwaaaa..sadissss!!!...Kacang tanah aku lak nampaknya makin menjadi2 disalah satu sudut hehehe..Dah banyak kali aku nak korek tapi mak aku tahan lak..siap pesan,kalau nak korek biar sampai daunnya dah hampir2 layu atau dah berubah colour kepada kekuningan baru cukup matang.Adeiii..bila nak layunya nih???....Aku tengok macam makin merimbun je nih huwaaaa....(<-- inilah saat menduga kesabaran aku kuttt)

Ubi Keledek


Tadaaaa...suburnya ubi2 keledek aku dan mak aku.Nih jenih keledek putih dan oren.Indah mata memandang,semakin segar semakin sukeeeee..owhhh..tak sabar tunggu bulan November dan December..time tu ler aku dan mak aku start mengorek lagi hasilnya nanti dan sudah semestinya orang yang dijemput merasmikannya juga ialah kakak tercinta yang duduk di Miri pada musim cuti sekolah hujung tahun nanti ..tu la target aku dan mak aku time dok megerjakan ubi2 nih tempohari hehehe..Ohh..ubi keledek yang aku tanam ada 2 batas dan 1 batas ditanam oleh mak aku sendiri .Amboiii..sempat jer mak aku berkebun walau duduk sehari dua jer aritu dan yang lagi lucu bila mak aku siap pesan tolong jaga dan jangan usik ubi2 dia wakakaka...Nih amaran ker per ek? Ok dehhh..berehhhhh!!!!

Terung emas dan Terung Ungu lagi!


 Terung emas atau terung bulat or terung kuning nih antara 1 dari 3 yang ada kat tepi rumah aku nih. Entahlah..menunggu terung emas nih berbuah seperti menunggu bulan jatuh ke ribaaaaa...Hadeeiii..punyelah lama..dari aku mula jejak kaki ke rumah nih hinggalah sekarang masih belum ada tanda2 nak berbuah. Kalau yang kurang sabar tu,gi ler nyopping kat market dulu sementara menunggu berbuah,tu pun belum tentu jadi buahnyeee hehehe...Dan gambar sebelah kanan lak adalah koleksi terung ungu aku..hehehe..kecik2 dah mula berbuah..baik tul terung ungu nih..tak suruh tuannya tunggu lama cam terung emas nih kannnnnn...Tapi nape terung ungu aku yang tu semuanya nampak kementot ekkk??? hadeiiiii...

Aktivit Hujung Minggu

Satu aktiviti yang selalu aku dan puteri aku lakukan bila ada masa lapang dirumah iaitu melukis dan bermain dengan warna. Yup aku akui ini adalah favourite aku time aku bebudak dulu dan aku akui dikalangan kami 4 beradik pula..inilah kekuatan aku iaitu bermain dengan warna.Tapi bab2 subjek lain aku memang tak leh dibanggakannn hehehe Dan hari ini aku melihat,puteri aku pun mempunyai minat yang sama tapi aku sedikit pun tak menghalang bahkan aku semakin menggalakkan.Takde siapa yang dapat menghalang hobi dan minat kita kannn,semakin kita halang semakin dia kearah itu jadi lebih baik kita sama2 positif. Hmm....Aku tak reti mana pun melukis tapi disebabkan puteri aku nih terlampau minat melukis jadi aku pun turut memberi sokongan kat dia.Apalah sangat sokongan aku nih ye tak tapi yang penting masa untuk bersama anak jangan dilupa. Luangkan sejam dua untuk bersantai dan menyelami dunia anak kita...mesti semuanya akan terasa indahhh.Ingat..kita akan sentiasa merindui saat2 begini ketika anak kita dah dewasa klak dan walaupun masa itu tak kembali sekurang2nya kita bawa kenangan kita bersama dihari tua kita chewaahhh...Motivasi penting oiiittt  (^,^)


 Saat aku tak terfikir nak melukis apa2 tapi puteri aku berikan aku sekeping kertas putih agar aku melukis bersamanya.(<--tektik yang berkesan dari anakku,tau jer dier aku memang akan join dia time tu hehehe..) Lama gak aku merenung puteri aku mewarna lukisan dia hingga aku terasa camnih "kalau dia besar esok,tengok lukisan aku macam apa tah sekarang nih mesti dia gelakkan aku habis-habisan"...Ohh..aku sentiasa imagine diluar kotak fikiran hahaha..Nak start mewarna pun aku rimas dah..blurrr hehehe..


Tapi bila dah start..adeiii..tetiba jadi cam dlm gambar tu arr..asyik2 gunung..asyikk2 awan biru hahaha..kau adaaa???...Tu ler modal aku bila bersama puteri tersayang,menda yang aku rasa paling senang untuk aku buat.Kalau aku buat lebih2 kang dia tersentap lak..so kene play save okeyy..aku buat dengan penuh berhati-hati dan perasaan sedikit risau tengok telatah puteri aku yang sedikit macam tension pas tengok lukisan aku.Then aku slow down dan berhenti seketika,tetiba aku tengok puteri aku tiru awan aku lak..wahhh..dia belajar dari aku something hari nih ekeke..biru mata hitamku youuu hehehe...


Hmm..then aku start lagi..tempek2 matahari sikit yang aku buat ala2 berus watercolour aku tersasar sana sini dan pokok yang entah apa2...hahaha..Lukisan puteri aku tu rasanya dah hampir2 siap kut tapi tiap kali dia toleh aku mesti dia mendagu dan mula nampak stress..ada mende dia tak puas hati..Aku lak rasa cam kecut perut sebab puteri aku nih memang bab2 melukis nih memang takleh kalah..mesti nak menang jer.Banyak lak soklan yang aku kene jawab dek lukisan aku yang baru separuh siap tu ngalahkan kene soal polis lak hahaha..


Tapi dont worry guysss..aku mama yang baik hati (<--puji sendiri jap kuikuikui)..Takkan ku biarkan dia stress dan hesteria melihat lukisan aku tu jadi aku pun cakap kat puteri aku supaya dia tolong habiskan lukisan aku tu..sambung apa yang patut sambil aku ajar camne nak buat hehehe..Alhamdulillah,dia tetiba jadi excited dan mula mewarna separuh gambar yang aku sengaja kosongkan untuk dia.


Tengokkk..betapa bersungguhnya puteri aku menghabiskan sisa2 lukisan aku..Siap dia cakap depan aku nak simpan lukisan tu hehehe..Aku bangga sebab dia dah pandai menghargai hasil yang dia baru buat walaupun pada hakikatnya aku yang buat separuh kuikuikui..Moral of the story untuk kita semua.."If you can't beat them,please join them"

Bunga Matahari Ku





Baru sebulan lebih menanam bunga matahari,akhirnya kelopak2 bunga mula menguntum..Bestnya perasaan bila melihat bunga matahari aku kembang serendang tapi yang tak bestnya bila kelopak2 bunga aku kene serang serangga lakkk..huwaaaaaa..frustnya hati iniii...dah tak cantek dahhhh..Untuk koleksi edisi pertama,aku memerlukan pembantu aku iaitu puteri kesayangan untuk pose di sebelah pokok matahari tu..Maklumlah edisi terhad jadi kenelah capture,hidupnya pun tak lama mana bunga matahari nih so daripada aku terkenang2 dalam otak aku baik aku capture bunga dia sekali..biar aku leh tengok sekali sekala dalam hp aku nih.Tengok ler betapa dasyatnyer puteri aku,bangun dari tidur pagi tu terus pose tepi pokok bunga matahari aku tu hehehe..Kau adaaa???...hehehe...I love you my darlinggg winkk winkk winkk hehehe...

Apam Balik Comel


 Yuhuuu..dan gambar terakhir yang aku buat ialah..aktiviti mengisi perut iaitu membuat apam balik hehehe..Time-time sejuk camnih aku suka masuk dapur,rajin aku macam kene sihir jer hahaha..Apam-apam yang aku buat semuannya comel2 belaka dan isinya aku bubuh kacang dan sedikit jagung..standard apam pasar malam youuu hehehe..lame dah tak makan apam nih,jadi pagi semalam sebelum buatkan lunch aku mula buat kuih apam nih..Rasanya tak la sedap mana,tapi itu semua tak penting..yang penting aku dah berjaya buat apam balik yang comelll....yahooo..hehehe...


Ehh..extra 1 kontener untuk dihantar ke rumah mak mertua aku..wajib tuu..ibu mertua tersayang jangan dilupa,bukan selalu pun aku buat kuih2 nih.Apalah salahnya aku sharing with my mertua hokeyyy!!!..Mak mertuaku makku juaaaaa hehehe...

No comments:

Followers