Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 5 July 2012

AWISAR

Ouchhh..beberapa hari travel memang amat terasa keletihannya tambah2 bila terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dengan duduk hampir 7,8 jam lamanya.Hadeiiii...apa yang boleh aku katakan bahawa perjalanan kali ini terlalu panjang dan sangat mencabar stamina,minda dan fizikal aku.Hayooo..Letihnya tak mampu aku ungkap dengan kata-kata tapi untuk sesetengah perkara aku tetap bersyukur kerna selamat sampai ke destinasi dan kembali semula ke rumah tercinta tanpa sebarang halangan..alhamdulillahhhh...

Hmm..tiba masanya untuk aku berblog sambil menikmati salad buah yang baru aku buat petang tadi.Dalam menikmati rezeki terasa segala keletihan setelah beberapa hari tak henti2 berulang alik dan berhempas pulas menghabiskan sisa masa di bandaraya Kuching sedikit demi sedikit hilang. Ohhh...melangkah kaki ke bandaraya kuching bukanlah destinasi favourite aku tapi nak buat macam mana,dah kat situ gak kene gi nyeeee huhu.. Ye..lokasi yang sering mematikan tiap langkah-langkahku kuikuikui

 Mengenangkan kembali saat melawat Automotive And Welding Institute Of Sarawak (AWISAR) dibawah Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak bertempat di Jalan Bako Kuching 2,3 hari lepas membuatkan aku tersenyum sendiri dan mungkin juga sedikit terbit rasa gelisah dihati mengenang sesuatu hehehe...Pada pandangan dan pemerhatian mata kasar aku, bilik2 kuliah atau tempat2 pembelajarannya,jadual2 yang disusun,yuran2 yang dikenekan tidaklah ada bezanya dengan Institut yang ada diserata Malaysia nih.Kalau ada terlebih dan terkurang sedikit tu memang perkara biasa.Yelaa..memang dah lumrah mencari ilmu,kenelah berkorban sedikit..tak kira la dari segi wang ringgit ataupun MUNGKIN juga perubahan yang bakal kita terima..jangan ada kejutan budaya sudaaaaaaa ekekeke...Biasalah tu..zaman dulu dan sekarang semuanya sama jerr...mana der free...yang bezanya samaada mendapat biasiswa atau tak je.Tu semua bergantung pada kelayakkan dan nasib masing-masing (^,^).

Cuma yang menjadi persoalan di minda aku ketika itu,kenapa lokasi AWISAR terlalu jauh dan terpencil,tidakkah itu terlalu menyukarkan para pelajar(<--terkenang pada hari pertama dimana saat aku merasa sedikit kecut perut mencari lokasinya..tersesatnya entah kemana walau alamat dan peta sudah disediakan hahaha) Itu cuma dari sudut negatif aku walhal pengangkutan ada disediakan bagi kemudahan para pelajar2 hehehe..Alhamdulillah..jarak asrama dan AWISAR yang aku kira agak jauh diantara satu sama lain mungkin sedikit menyukarkan para pelajar tetapi sebenarnya tiada kenderaan bukan penghalang kerna van disediakan oleh Pihak AWISAR maknanya setiap pagi dan petang pasti akan dijemput hehe Bagaimana pula dengan asrama? huhu...Part yang sukar untuk aku gambarkan setelah dibawa warden untuk meninjau sekeliling asrama lelaki dimana menempatkan 3 hingga 4 orang sebilik.Yup..sedikit tersentap...mungkin kerna melihat  keadaannya agak sempit,panas dan kurang sedap mata memandang tapi dalam masa yang sama aku sempat terfikir,itu semua bergantung pada penghuni bilik sendiri.Jika ingin bersih atau sebaliknya,pandai2lah jawabnye yeee.Bak kat warden tempohari "Belajar Hidup Susah" hehehe..Yup,i agree tapi lebih afdal jika disebut "Belajar Hidup Berdikari" ..Ahh..malas berceloteh panjang lebar,jom tengok gambar yang aku nak sharekan dalam blog nih hehe..Yeay!


Pemandangan dari tingkat 8 Hotel Habour View Kuching

 Lapar tahap maksima..tak daya menahan lapar lagi....bersih2 belaka piring kitaorang kannnn.... hehehe..kau adaaa???

 Menu aku..entah nape,malam2 bedal nasi lemak di THE SPRING shopping mall..nak menambahkan lemak tul ahhh..


My lovely princess and me...huhu..aksi sebelum check out dari hotel Paramount Sibu..hehehe..Aku dan dia sempat jerrr..hehehe..

Pemandangan dari Riverside Kuching untuk Bangunana Dewan Undangan Negeri Sarawak..

Halamakk..sempat capture satu jer gambar kat AWISAR...tu pun baru teringat time dah masuk keta hehehe..



No comments:

Followers