Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 12 July 2013

Regal Court Hotel Kuching

Sudah hampir sebulan aku peram entri yang ni, rasa macam selak buku sejarah pulak bila TERbuka draft pagi nih. Owh..ada lagi rupannya entri yang belum aku habiskan dan publish rupanya hehe. Okeylah dipendekkan cerita, hari ini satu lagi hotel yang menjadi penyeri blog aku iaitu 
REGAL COURT HOTEL,Kuching. Terlebih dahulu harap tak ada yang nyampah dengar aku dok asyik tayang hotel nih. Al-maklumlah antara favourite aku adalah mempromosi hotel-hotel secara percuma kuikuikui..Jika nak skodeng hotel lain yang pernah aku letak dalam blog nih silalah click sini ye..Layannnn!!..

Hmm..tak banyak yang dapat aku ceritakan tentang hotel nih. Merupakan salah sebuah hotel yang terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Satok. Bangunan ini agak jauh dari pusat membeli belah dan aku boleh katakan bahawa perbezaannya agak ketara jika dibandingkan dengan dahulu.Yup jika dulu aku merasakan jalan-jalan dihadapan hotel ini agak sesak tetapi sekarang kelihatannya lebih sunyi. Mungkin aktiviti perniagaan Satok yang dahulunya terletak betul-betul di belakang bangunan Hotel Regal Court ini telah dipindahkan ketempat lain baru-baru ini sehingga menjadikan keadaan sekitar hotel tersebut agak lenggang. Itu cuma pandangan aku tetapi siapa tahu mungkin faktor cuaca juga adalah antara sebab kenapa aku tak nampak sangat kelibat manusia pada hari tersebut ...Yeee...hujan lebat sampai semua pakat tak nak keluar rumah ngeee... Nasihat aku, sekiranya anda memilih untuk tinggal di hotel ini...adalah lebih seronok seandainya anda menggunakan kenderaan sendiri kerana pada pandangan aku, agak sukar mendapatkan pegangkutan awam seperti taxi dan bas kecualilah anda sudah pun ada chauffeur sendiri.

Bercerita tentang bilik hotel yang kami guna, aku lihat tak jauh bezanya dengan hotel-hotel yang lain. Jika ada beza pun cuma 2,3 perkara je, tu pun bergantung pada jenis pemilihan bilik. Yelaaa...kita pun tahu, jika guna bilik murah maka terhad jugalah kepuasan yang kita dapat, jika guna bilik mahal maka tido pun rasa macam diawangan ...yang adooo!!!! Bilik yang kami guna kali ni pula tak murah dan tak mahal, sedang2 elok gitu haha Uittt..sedang-sedang elok untuk penyedap rasa tetapi kopak jugok lah dibuatnye ye sebab tempah pun 2 bilik maklumlah gi Kuching pun nak hantar adik jadi ibu dan ayah tumpanglah sekaki. Takpe..I love my family..apa pun aku sanggupppp..Bila lagi dapat enjoy dengan mak dan ayah ye takkk??..Sambil menyelam minum air lah kengkawannn.....sambil hantar adik..bawa lah mak ayah jalan-jalan hehe..

Pot pet pot pet..malas aku nak berceramah panjang, bulan posa nih rasa cool je so jari jemari aku pun rasa nak rilek memanjang, apa-apa pun korang layan gambar lagi bestttt..Yeay!


Yer..betol la kat Regal Court Hotel..

Sedikit ruang untuk bersantai dengan kerusi ala-ala antik hehehe...Pagi tu cahaya memancar-mancar sampaikan aku rasa satu badan macam kene spotlight mujurlah kain langsir tebal cikit.

Oww..yang bestnya tv LCD adeeee..Lega cikit mata
memandang uhukkk

Bilik mandi ni simple je ye, siap gantung gambo teruna sarawak yang gagah perkasa menjala di tepi sungai kahkahkah. Ow takde bathtab ye..tingkat mewah ade kut yang nih takde :-p

Dibahagian pintu masuk bilik yang agak luas manakala terdapat almari dibahagian tepinya. Strika dan peti besi kecik turut disediakannn..bagus, tak semak kepala aku megenangkan baju-baju yang jadi macam sardin dah dalam beg.

Keadaan susun atur katil dan bilik yang agak simple..Takpe, janji selesa

Tempat letak kereta yang agak kosong...hotelnya agak sepi diwaktu begini..mungkin tetamu masih lagi sibuk berbelanja ditempat lain atupun cuaca hujan yang menjadikan kawasannya agak sepi ngeee

Antara gambar yang tergantung pada dinding bilik..antik dan nampak nostaLgia.


Nota: Cuma aku tak berkenan dengan tuala yang disediakan oleh hotel tersebut, keadaanya agak lama dan kurang bersih. Jika boleh pihak pengurusan gantikan dengan yang baru. (Sesekali bersuara apa salahnye hehehe)


Pautan Hotel lain (Sila Click)
THE ORCHID HOTEL SIBU 








No comments:

Followers