Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 4 July 2013

Salam Ramadan Dan Selamat Berpuasa 2013



Assalamualaikum... Syukur ke hadrat Ilahi,  kerana sekali lagi kita diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa. Sesungguhnya ketibaan ramadan 2013 ini tak terasa hadirnya, pejam celik pejam celik kita juga telah berada dipertengahan tahun..Alhamdulillah nafas kita masih bertahan hingga ke hari ini dan sekali lagi telah membenarkan kita untuk menunaikan ibadah puasa untuk kesekian kalinya. 

Ramadan kali ini terasa sedikit berbeza..sepertinya aku tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk menunaikannya. Jika tahun lepas.....ramadan yang ku sambut dihujani dengan tangisan diatas pemergian arwah datuk pada hari pertama puasa tetapi untuk tahun ini In shaa Allah tiada lagi dugaan seperti itu untuk kami. Namun seandainya ia tetap berlaku...aku percaya semua itu adalah di atas kehendak-NYA..
"Dari DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali"

Apa-apa pun aku tidak mahu menyambut ramadan ini dengan perasaan sedih kerana kita sebagai umatNya harus menerima kehadiran ramadan dengan penuh rasa gembira serta syukur. Dan kerna itu dikesempatan ini, aku terlebih dahulu aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas keterlanjuran kata atau bahasa yang mungkin mengguris hati pembaca blog seripelangidivra ataupun yang mengenali diri ini secara realiti.Sama-samalah kita bermusahabah diri.
  "Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu semuanya datang dari kelemahan diriku sendiri."

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa 2013 ! Yeay!!





No comments:

Followers