Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 28 July 2013

Teruja Raya!

Cuti hujung minggu begini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Maka aku dan Mr.Hubby bercadang untuk bermalam di bandar Sibu sehari untuk melancarkan proses membeli-belah kami hehehe..Owww..bestnya shopping tambahan dibulan ramadan begini, suasananya sangat berbeza. Kelihatan wajah para penggunjung yang keluar masuk shopping mall pun bersemangat belaka ngeeee..

Dalam kepala aku pula banyak benda yang bermain fikiran tambahan pula raya bakal tiba..hanya berada disimpang jalan je lagi. Fuhhh..rasa semak juga dibuatnya bila mengenangkan persiapan untuk raya masih tak teratur...mana nak fikir baju raya, barang-barang dapur, kek raya dan hiasan untuk raya segalaaaa..., pendek kat bulan nih semuannya berkisar tentang raya hehehe Namun begitu, tahun nih aku dan Mr.Hubby tetap seperti tahun-tahun sebelumnya, bersederhana tetapi meriah.

Apalah gunanya jika semua nampak gah tetapi tak meriah ye takkkk? Bukankah raya ini peluang untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Tambahan pula  kami tak mahu anak tunggal kami ni tak sempat merasa  kemeriahan hari raya pada zaman kanak-kanaknya, sekurang-kurangnya dia dapat mengabadikan didalam kenangan bila dewasa kelak. Alaa..macam kita jugakan..bila ada sesuatu yang menyeronokkan pasti akan dikenang sampai bila-bila. Orang kata dunia kanak-kanak dan dewasa ni berbeza bila tibanya menyambut perayaan begini dan alhamdulillah aku dapat melihat wajah teruja puteri kami untuk menyambut raya kali ini lebih terserlah jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, mungkin inilah penangan raya tahun lepas hehehe 
In sya allah kami akan mengulangginya untuk puteri kami.Yeay

Semalam sempat berbuka dengan pizza..yum yum yummm...sedap sesangat almaklumlah lama dah tak makan huhu

No comments:

Followers