Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 31 July 2013

Selamat Hari Raya 2013


Hmmm....Ramadan yang kita lalui sepanjang bulan nih tak terasa datang dan perginya. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga telah mengajar kita untuk terus berjuang menuju ke jalan-NYA. Insya Allah, apa yang kita lakukan selama ini akan sentiasa diberkati oleh-NYA.

Dan kini hanya tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti dah ramai diantara kengkawan dan umat Islam diseluruh dunia sudah mula sibuk menyediakan pelbagai persiapan raya yang bakal tiba. Dan aku percaya sudah tentu jadual juga menjadi lebih padat terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Sebelum blog aku menjadi sepi untuk beberapa ketika kerana turut busy dengan persiapan, dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua keluarga, sanak saudara dan pembaca sekalian. Mohon ampun dan maaf seandainya ada dikalangan pembaca yang tersinggung dengan bahasa dan kata-kata yang digunakan didalam blog seripelangidivra ini. Diharap jangan disimpan di dalam hati. Pendek kata "Buang yang keruh dan ambillah yang jernih." Akhir sekali pesanku pada semua, berhati-hatilah ketika memandu dan gunakanlah saat ini untuk balik ke kampung berjumpa ibu bapa atau berkumpul bersama keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan semua kerna siapa tahu mungkin kita takkan berkesempatan untuk berkumpul begini pada raya yang akan datang. Suasana Raya takkan dapat kita rasai seandainya kita hanya mahu ingin bersendiri.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013, MAAF ZAHIR DAN BATIN." Yeay!

No comments:

Followers