Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 11 August 2013

Hari Raya Pertama 2013


2,3 hari menyepi disebabkan terlalu sibuk dengan perayaan Hari Raya...Cehhh!..Ibu dan isteri mana yang tak sibuk jika Hari Raya tiba??? Dari secubit baking powder hinggalah seluas ruang tamu, ada je benda yang harus difikirkan tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Kehadiran 1 syawal sememangnya amat dinantikan  oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia setelah sebulan menunaikan ibadah puasa dan begitu juga kami sekeluarga. Seperti biasa aktiviti wajib setiap tahun pada raya pertama semestinya bersalam sesama kami sehinggalah kepada aktiviti kemuncak iaitu 'pose' sakannnnn...Fuhhhh...lihatlah gelagat kami 3 beranak di pagi hari raya pertama. Sebelum memory camera menjadi penuh biarlah wajah kami menghiasi dan memenuhi ruang kosong memori camera agar dapat disimpan sebagai kenangan 2013 hehehe Sudi-sudikanlah menatap wajah tembamku, wajah comel Mr.Hubby dan puteri cantik manis kami tanpa segan silu kuikuikui...Selamat Hari Raya allzzzzzzz...Yeay!

 Ciuman dari kami buat puteri tersayang. Moga raya kali ini memberi makna dan dapat diabadikan didalam ingatan selama-lamanya. Kau yang pertama dihati kami.

Peace yoooo...senyuman itu satu sedekah jadi senyumlah dengan iklas hehehe

Pasangan montel yang berangan untuk kembali kedunia remaja ngeeee...Kene ruggedlah cikit..walau berbaju melayu dan berkurung segalakkk...Dagu double tu penting kene tunjuk kahkahkah

 Amboiii..dasyatnya anak mata (gelak dlm hati jap)...Tak pasan lak dia leh wat mata camtu sebelum ni..Errr...Jari jemari Mr.Hubby nape 2? Ayulah sangatttttt!,,,

Tunjuk ape tu??...hehehe


 Beginilah aksi dari kami yang cuba untuk menjadi tidak terlalu formal...setiap kali melihat gambar2 ini pasti aku akan tersenyum sendiri..Mungkin kami nampak seperti keanak-anakkan walaupun dah berumur tetapi ada aku kesahhhhh????....Hidup ini boring kalau terlalu skemaaaa hehehe...kan Raya kita kene happy dan seronok bukannya membosankkan huhu  Enjoy your life guyssss...

No comments:

Followers