Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 23 August 2013

Madah Tentang Hubungan


"Manusia tidak pernah akan rasa puas." 
Begitulah sebaris ayat yang sering diungkapkan oleh seorang sahabat suatu ketika dahulu. Jika difikirkan kembali kata-kata itu adakalanya membuatkan aku merasa terkadang apa yang diucapkan ada benarnya. Melihat saja setiap apa yang keluar masuk dalam kehidupan dan sekeliling kita sudah cukup membuktikan betapa kita masih tercari-cari dan terlalu pentingkan kesempurnaan sehingga mengabaikan apa yang berada didepan mata. 

Yes...Pandangan yang jelas bisa saja menjadi kabur dalam permainan duniawi. Mungkin adakalanya kita sukar untuk  memahami diri namun apa yang lebih menyukarkan hidup ini apabila kita terpaksa memaksa diri untuk memahami kehendak orang lain. Menurut dan merelakan sahaja adalah penyudah atau jalan terbaik untuk segalanya. Namun adakalanya hidup ini memang tak mudahkan kerna terus diduga dengan pelbagai cara. Tetapi siapa pun kita takkan pernah tercatit dalam lubuk hati kita menginginkan sesuatu  kesuraman dalam hubungan disaat semuanya masih kukuh dan indah. Terfikir seketika, kenapa ada yang terlalu kejam sehingga semuannya dianggap mudah?.

Entri ini mungkin sekadar pendapat biasa atau bingkisan kosong dari aku yang tak mengerti banyak perkara, namun aku percaya setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita mungkin ada persamaan. Nasihat yang sering aku utarakan untuk kebaikkan diri dan para pembaca tetap sama...hargailah dan jujurlah dengan pasangan kita sementara sayangnya masih ada, jangan biarkan kesedihan yang anda berikan akan mematikan mata, telinga dan hatinya kerna anda takkan sedar bila detik indah itu akan kembali. Dan yang pasti, jawapannya akan memberi seribu kemungkinan....mungkinkah sayang itu akan hadir semula atau mungkin juga akan lenyap untuk selama-lamanya. 
Ingat...."Anda mungkin merasakan diri anda hebat kerana berjaya menakluki setiap proses perhubungan baru dengan mudah namun tak mustahil kesilapan anda akan memusnah hubungan yang sedia ada sehingga satu ketika akan merasakan proses untuk menyelamatkan kembali hubungan lama adalah terlalu tipis."
 Renung-renungkanlah...YEAY!


No comments:

Followers