Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 12 August 2013

Main Bunga Api Raya

Alhamdulillah orang yang ditunggu sudah pun tiba. Yup..raya ku tak seronok jika tanpa kehadiran orang tuaku jadi seperti biasa aku pasti akan menjemput ayah dan emak untuk beraya bersama kami di daerah Mr.Hubby. Semestinya semangatku lebih berkobar-kobar dengan adanya kehadiran mereka. Hmmm...walaupun kami merayakan perayaan yang berbeza tetapi itu tidak menghalang untuk kami merayakan Hari Raya bersama..kan ke tujuan raya juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga. Jadi berbeza agama bukan penghalang untuk bersama ayah dan ibu tercinta ketika hari Raya. 

Untuk tahun ini walaupun tak semeriah tahun sebelumnya namun aku dan Mr.Hubby telah menyusun beberapa aktiviti menyeronokkan sempena kehadiran emak, ayah dan adik dari kampung. Aktiviti tu tak lain tak bukan iaitu bermain bunga api kahkahkah...Seronok ape????...Yeay!!

.....................................

Gambar bawah menunjukkan Mak dan anak aku sedang sibuk memasang lilin. Yup...Malam raya masih diteruskan dengan memasang lilin didepan rumah. Rasanya inilah kali pertama mak aku memasang lilin pada Hari Raya, sebelum ini tak berkesempatan pun tambahan pula rumah lama tak sesuai nak pasang lilin camni hehe...


Gambar kat bawah ni pula menunjukkan pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh ayah, mak dan puteri kami apabila bermain mercun. Opsss..nampak macam bahaya tetapi sebenarnya ini adalah hasil effect dari cameraku berkat berguru sendiri dari menelaah dan memahami setting camera...dan rasanya ini juga boleh disebut light painting selain menggunakan lampu LED..Cuma kali ini aku guna bunga api kecik je hehe...Hebat tak aksi mereka? Hehe






Dan kat bawah adalah pertunjukkan bunga api dari kami chewahhhh...Tak sempat nak capture pun sebab belum ready, tangan adikku dah sibuk nak bakar bunga api tu...frustlah jugak tapi tak apa...dapat 1,2 pun ok..


No comments:

Followers