Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 21 April 2013

Madah Keterlanjuran Kata


Kerana keterlanjuran kata-kata orang yang berilmu boleh dilihat tidak berakal, orang yang berusia pula terkadang dilihat seperti kebudak-budakkan atau hubungan yang dulunya pernah rapat mungkin juga boleh menjadi renggang kerana terlalu bersahaja bila berbicara dan yang paling menyakitkan bila orang yang pernah dikasihi tak mustahil suatu hari nanti akan dibenci. Realitinya, dari sepatah kata ringkas yang keluar dari mulut kita boleh saja memusnahkan sesuatu yang berada didalam diri dan disekeliling kita. Sememangnya,kata-kata itu  boleh menjadi penawar ataupun racun kepada sesiapa yang menerimanya. 

 Memang benar, terkadang dalam tak sedar kita terucap sesuatu perkara yang boleh mengecewakan perasaan orang lain tetapi adakah "kebiasaan" itu harus diulangi seandainya kita tahu bahawa ia mampu mengguris hati yang lain? Apa sememangnya erti rasa bersalah itu tidak pernah tercatit didalam diari hidup kita atau kelantangan dan ketelusan itu mencerminkan siapa diri kita sebenar? Setiap dari kita, Allah anugerahkan dengan sekeping hati yang sama dan dari setiap hati itu pula berbeza kekuatan dan penerimaannya. Tak semua antara kita punya hati yang kental dan tak semua juga memiliki hati yang rapuh. Itu semua terpulang kepada hak masing-masing untuk menerima dengan cara apa, namun sudah lumrah kita manusia mudah saja tercalar dan berubah hati seandainya kata-kata itu terlalu sukar untuk diterima. Jelaslah bahawa ada kalanya kata-kata itu boleh memberi senyuman dan tangisan kepada insan lain. Pendek kata,  ia mungkin boleh memberi kenangan yang hebat buat seseorang dan tak mustahil juga akan memberi kesakitan yang teramat sangat sehingga sukar dilupai sampai bila-bila. Dan persoalannya kini, diri kita mahu dikenang seperti apa dan bagaimana?

Jika benar kita bijak, gunakanlah kebijaksanaan itu dalam berbicara....Jika benar kita rasa ingin dihormati gunakanlah kematangan itu walau berapa pun usia kita...Jika benar kita mahu keakraban sampai bila-bila maka gunakanlah bahasa yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia dan jika benar kita sayangkan seseorang itu jadi apalah salahnya kita berkata dengan perkataan yang boleh menggembirakan hati mereka. Percayalah, kita takkan ada rasa rugi bahkan kita turut rasa bahagia!..Yeay! 

No comments:

Followers