Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 5 August 2013

Kingwood Hotel Sibu

Tinggal 3 atau 4 hari je lagi raya, kebanyakkan semua orang pakat balik kampung tapi aku dan family pula lain ceritanya. Tengahari semalam kami merancang untuk merantau sekejap ke bandar Sibu. Perjalanan yang tak dirancang dan kali ini bukan juga bertujuan untuk membeli-belah, sekadar bersantai menenangkan minda sebelum raya kut hahaha..

Oklah, kali ini hotel yang menjadi pilihan kami ialah Kingwood Hotel Sibu. Jika tak silap aku, hotel ini merupakan hotel terbesar dibandar Sibu dan dari segi pemerhatian aku semalam juga terdapatnya penambahan baru bersebelahan dengan bangunan tersebut yang menjadikan bangunan tersebut menjadi semakin gah berdiri diantara bangunan lain cuma buat masa ini masih kosong dan belum dibuka sepenuhnya. Hmmm..Sejujurnya hotel ini jarang sekali kami guna memandangkan kadar harganya agak tinggi dan lokasinya boleh dikatakan jauh dari shopping mall lain. Hotel ini sesuai untuk mereka yang sukakan kedamaian memandangkan bangunan ini menghadap sungai Sibu, jadi pemandangannya lebih tenang dan segar mata memandang. 

Apa yang boleh aku katakan, bilik yang disediakan memang cantik, kemas dan bersesuai dengan harga. Untuk bilik yang kami guna muat untuk 2 orang tapi rasanya 2,3 orang pun takpe sebab luas dan besar. Meh aku tunjukkan beberapa gambar buat anda yang ingin merasa menginap disini..Layannnnn...Yeay!

Luas dan besar...oklah tu...

Dua katil berasingan..

Meja pejabat turut disediakan...

Bilik mandi yang lengkap dengan bathtab

yang ada bebudak,jangan risau..tempat masak air panas juga disediakan..


Sempat je puteri aku nih buat pose camni...

Saja berdiri  tepi tingkap, nak tunjuk sungai sebenarnya hehehe


Pautan Hotel Lain
The Orcid Hotel Sibu (Sila klik)

No comments:

Followers