Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 15 February 2012

Kakak dan design :-/

Haduiii laaa kakakku yang sorang nih, selamberrr jer bagi tugasan kat aku huwaaaaa...Penat aku berpindah rumah minggu lepas belum terbayar, dia lak suoh aku design banner untuk sekolah dia lak sempena bulan Bahasa..Adeiii..tak sempat bernafas aku dibuatnya, pandai jer dia cari masa free aku ekkk ..skodeng ke perrr??? :-/ Nasib baik la zaman nih canggih, siap jer leh email on the spot....datang tanduk mula la call or sms jer kalau tak berkenan hahaha..Kelasss ko kakYahhh!!! ekekeke

Dipendekkan cerita, dah 3 hari berturut-turut aku dok ngadap laptop memerah otak menggunakan photoshop.Berpinarlah jugak bijik mata aku dibuatnya oiii, tersangatlah detail sampai aku kene zoom ke titik  paling akhir huwaaaa....Cehhh,explain kat sini pun tak gune kang ada yang tak faham maksud aku huhu. Dalam 3 hari nih, aku rasa dah berpuluh2 layer aku gunakan just untuk siapkan 4 design sebagai alternatif untuk pilihan..huhu..Baiknye aku sampai bagi 4 design sekaligus,tu belum datang mood aku nak bagi extra design lagi  hahaha..Ingat senang ke kalau nak wat nampak perfect ikut tema? Apa yang aku design pun belum tentu diguna so kalau direject aku redha jer hahaha.. 

Walaupun tugasan yang macam nih bukan pekara baru bagi aku tapi kekadang mencabar gak minda nih jika diberi tempoh tertentu untuk menyiapkan tugasan sebegini..adeiii..tempoh seminggu cukup ke? hahaha..Ye arr..cukup la untuk copy and paste jer kut haha... Masalah aku pada mulanya bila My sis cuma bagi pembayang, so totally aku rasa blur..terumbang ambing..tak faham dan still cuba untuk reka walaupun rasa macam pelik je. Design pertama sememangnya satu-satunya design yang paling lama untuk aku siapkan dan juga leh aku ketegorikan paling tak sesuai untuk digunakan..sadis tolllll!!.Tapi semuanya menjadi mudah bila my sis berikan contoh2 banner sekolahnya yang terdahulu dan extra gambar untuk aku tempekkan pada design aku tu...Huyooo...dari situ idea aku takleh nak cakap apa dah..mencurah-curah dikkkkk ..berlagak jap ekekeke...Tapi kata orang..kalau minat tu ada, semua pun tak mustahil kannn. Nasib baik ler dia bagi aku tugasan yang memang aku minat nak buat, kalau tak... dia meraung pun aku tak layan ekekeke. Sebab tu juga aku saje bubuh tajuk post 'Kakak dan design" :-s .Yeay!!!

Gambar nih sengaja dikaburkan hehehe..saje tempek kat sini kwang3x

No comments:

Followers