Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 11 February 2012

Lama dan Baru tetap Best!

Fwewww ...alhamdulillah setelah 2 minggu berpatah pinggang, berkerah tenaga, bermandikan peluh dan segala macam ber..ber ber lagi ahhh...akhirnya hari ini aku dapat menarik nafas lega...Yeay!!..lega sesangat sampai aku rasa segala benda yang menyerabutkan otak dan fikiran aku hilang dalam sekelip mata, dada aku yang mulanya rasa senak dan sesak mula terasa lapang manakala badan aku kembali segar walaupun aku masih rasa belum cukup rehat..Oww..2 minggu menguruskan segala urusan perpindahan dari A sampai ke Z sememangnya sangat memenatkan seluruh badan dan minda aku hehe.Tak apalah, lepas minggu nih aku boleh rehat sepuas hati...hutang mesti dibayar maa..badan aku pun dah susut nih wooiii...Whatt??? susuttt??..Ye ar tuuu..susutlah sangatttt walaupun sebenarnya takde berganjak seinci pun..Saje perasaan aku jer rasa begitu...Pasan jap ekekekek... (-,-')

Hmm..untuk memulakan entry pertama aku di rumah baru nih sememangnya aku rasa agak janggal sedikit.Mungkin aku dah terbiasa dengan suasana dirumah lama dimana ruangnya cukup2 je untuk aku bersantai dan bezanya memang ketara disini. Jika aku nak bandingkan rumah lama dan baru sememangnya tak adil kerna masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi cukuplah aku katakan dua2 rumah pun aku suka..opss..maksud aku quarters kerajaan ye,pinjam setahun dua je kut hahaha. Cuma kali ini aku lebih merasa bersemangat bila masuk rumah baru jika dibandingkan bila mula-mula masuk rumah lama dulu.Walawehhh...malas aku nak cerita tapi waktu itu aku sememangnya pertama kali melihat tetiba diserang penyakit down..downn..downnn ngalahkan nak gi berperang lak..serabotlah jugaakkk huhu..Maklumlah persepsi pertamaku sememangnya agak dasyat dan itulah first time aku tinggal dalam quarters kerajaan yang serba kekurangan, kecil, usang dan menyeramkan tapi alhamdulillah berkat kesabaran kami 3 beranak maka kami dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang jauh berbeza daripada keadaan yang pernah kami alami sebelum ini..huhu

Hari nih pula genap seminggu kami tinggal disini dan apa yang istimewanya hari ini, bila dari pagi hingga ke petang tak henti-henti rumah ni menerima tetamu.Fuhhh..tak sangka lak ada tetamu sebab biasanya susah aku nak lihat orang datang ke rumah aku dulu ekekeke.. Mungkin juga disebabkan hari sabtu begini ramai yang ambil peluang untuk meninjau dan seterusnya melencong ke arah rumah kitaorang.Perasaan ingin tahu tu kan perkara normal hehehe. Penatlah juga melayan tapi itu semua tak menjadi masalah kepada aku kerana kerana itu menunjukkan petanda yang elok bila kita melangkah masuk ke rumah baru,tambah-tambah quarters ini juga baru siap sepenuhnya setelah terbengkalai seketika ekekek.. Yang lagi bestnya bila kita orang merupakan penghuni pertama dalam rumah nih dan juga kawasan perumahan kerajaan nih.Wahhh..agaknya beginilah perasaannya bila masuk rumah baru ye..excited tak terkira ngalahkan rumah sendiri lak hahaha  Pendek kata, aku dah rilex manakala jiran2 yang lain masih sibuk mengangkat barang masing2..Perpindahan beramai2 oleh kakitangan kerajaan yang tak dirancang tapi bila lihat family aku memberikan respon positif maka semua mula rasa teruja nak pindah quarters baru lak hahaha.Penangan tu kira kuatlah jugakkannnn ekekeke..Tapi yang buat aku lagi tak sabar bila mak,ayah dan adik aku yang dok jauh juga terbuka hati nak jenguk anak dia yang dok terpencil disini sekali lagi.Kehadiran mereka amatku nantikan kali ini hehehe....Bestnyeee..Aku happy sesangat sebab kali ini mungkin mak dan ayah aku mampu tersenyum dan bukannya seperti saat pertama kali jenguk aku dirumah lama yang aku sendiri leh lihat ada takungan air mata di kelopak mata mereka kerana sedikit sayu dengan keadaan yang anak mereka alami kut.Mungkin juga mereka tahu aku tak biasa dengan life sebegitu tapi kata orang ikut periuk nasi nih,tiada apa yang mustahil hehehe..Tapi kini semuanya perfectttt!!!...Syukur sesangattt! Yeay!!!

 Mr.Hubby sibuk membersihkan tingkap yang berdebu di salah satu bilik.Aku kat mana??? Biasalahh..aku kan belakang tabir so kene tonjolkan orang lain lebih dalam entry2 aku ekeke..

 Puteri kesayangan yang paling teruja dengan keadaan dan persekitaran baru,walaupun baru 7 tahun tapi tetap bersemangat nak tolong hehehe...

Sekali lagi puteriku bagi pose yang paling anggun...cute takk?? wink..winkkk ekekek

Nota : Gambar selebihnya aku simpan ye, dapat tengok 3 jer pun dah kira cukup bersyukur ekeke..Rumah lama,kalau mimpi elok aku tetap akan tayangkan kat entry yang akan datang haha. Opsss..Walaupun dah pindah ke rumah baru, aku tetap rindukan rumah lama..Petang tadi aku sempat ajak Mr.Hubby jenguk rumah lama untuk seminit dua memandangkan kunci quarters masih dalam tangan..dah seminggu aku tak kesana,lepas nih tak merasa dah jejak kaki kesitu lagi so kene tengok puas2 hehe..Sayu jer rasa walaupun kekadang timbul rasa tak sampai hati..Perasaan tu datang dengan sendiri hokeyyy!!


No comments:

Followers