Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 19 February 2012

Legaaaaa!!

Fewwww...legaaaaaaa...Semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Setelah 5 hari megumpul segala tenaga yang tersisa dalam badan menguruskan itu dan ini.Penatnye tak terkira tambah-tambah bila jadual yang mulanya kosong tetiba jadi penuh lak dengan aktiviti keluarga. Choyyy...choyy..choyyy...Takkan aku nak biarkan family aku yang datang dari jauh cuma menapak camtu jer kat rumah kang ada yang boring lak. Walaupun tempat aku nih takde tempat sangat untuk aku bawa jalan-jalan tapi kata orang, kita kene bijak mengatur strategi ekekek Seeloknya aku ada perancangan untuk memenuhi masa-masa yang terluang. Sesungguhnya petang ini aku mampu tersenyum sendiri kerana puas dengan layanan yang aku berikan pada mereka semua ngeeee...Saat dimana aku perlu beri "Thumb up" untuk diri sendiri kuikuikui (^,^)

Walaupun keberangkatan family aku lewat petang tadi sedikit membuat aku rindu kembali dengan kampung halaman tapi aku tetap happy kerna beberapa hari ini aku telah memberi seluruh tenaga dan masa aku untuk melayan karenah2 mereka semua. Penat takyah nak cerita tapi yang penting suasana rumah aku 2,3 hari lepas sentiasa riuh dengan gelak tawa dan gurauan mak,ayah dan adik2. Keceriaan yang aku perlukan setelah berminggu-minggu stress dengan kisah perpindahan nih hehehe..

Choyy..choyyy..choyyy...Kedatangan mak,ayah dan adik2 tak ku persiakan camtu jer, pelbagai plan aku aturkan setiap hari sepanjang mereka menapak depan mata aku.Ye laa..bukan selalu pun family aku datang tempat aku nih, jarang sesangatttt..tu pun setelah beberapa kali cucunya call ajak datang hahaha...Nasib baik ler puteri aku nih pakar dalam bab pujuk memujuk so kerja aku pun bertambah mudah. Kurang-kurang aku tahu penangan puteri aku tu camne kuikuikui....Dasyatlah jugakkkk kannn..kalau tak dasyat, takkan datuk dan nenek dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak menunaikan hasrat puteri sorang aku nih hehehe..Yeay!

 
 Tadaaaa...ni ler laksa sarawak yang aku cuba nak buat untuk sarapan family2 sekalian alammmm...,bantai jer la labuuuu..walaupun bahan2 aku tak cukup tapi takpe asalkan kuah dia leh memikat jiwaaa...what a surprise..laksaku lakulah jugokkkkk oiii... kuikuikui
 
 Tunjuk sana tunjuk sini..lari sana lari sini..tengok sana..tengok siniiii ekeke..yang penting ku tetap lihat hijauuuuu youu huhu..Aktiviti petang ialah berkebun dan meninjau2 kawasan ekeke..

On the way balik dari sibu, aku dapat mms daripada cousin Olivia,siap bagi gambar birthday cake anak dia hehehe..anyway..happy birthday untuk anak buah aku yang ganaz tuuu...padan pun letak gambar angry bird kt situuu huhu

Huhu..adik bongsu aku nih tak habis-habis dengan rambut dia, dalam kereta sempat jer suruh aku ambil pic rambut dia,cam ekor kura-kura jer aku tengokkkk..Nahhhh..aku tempek kat blog aku nih jugaakkkkk ekekekeke...

 Opsss..Mr.Hubby dengan selambanya tolong aku capture gambar nih...Nih ler orang tempatan panggil Lokan..pernah makan tak? Rasa macam kerang gak arrr..tak jauh bezanyaaaa...Harga lak RM10 untuk 4 kg..huhu..Mr.Hubby sempat rembat 4kg arr..murah tuuuuu...

 Semalam sempat gi bandar sibu guna jalan baru...Memandangkan jarak perjalanan dari tempat aku dikira dekat jer ke bandar sibu so kitaorang ambil keputusan untuk tidak bermalam,ulang alik pun sanggup hehehe..Ni ler rupa dan pemandangan gerai tepi jalan tempat kita orang singgah kejap tu..Nak makan ketam? Udang? Lokan? Umbut Nipah? Udang laut pun ada gak dijual kat sini huhu....

No comments:

Followers