Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 4 February 2012

Selamat Menyambut Maulud Nabi 2012

Ahhhh!!..dah masuk 3 hari aku tak update blog dan selama 3 hari itu jugalah aku terpaksa kejar masa dan berusaha untuk packing segala benda dalam rumah. Yup..pindah lagi!..tapi kali ini tak jauh mana..dekat jeeerr.Dah hampir 3 tahun stay rumah nih terasa agak berat hati pulak,mungkin kerna banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui dan dapat dari dalam rumah nih kut.Jika aku kenang kembali saat pertama kali melihat rumah nih dulu,aku terasa agak terkejut,tersentap,kecewa dan sememangnya menakutkan.Saat dimana dalam kotak fikiran aku asyik mengatakan "OMG!" Dasyatnya takleh aku nak cakap apa tapi syukurlah sepanjang tinggal disini,tak banyak masalah yang aku hadapi kecuali atap bocor dan colour rumah pun kureng berseri-seri dimana masih mengekalkan warna era zaman 80an ekekeke..Tapi yang menjadi masalah utama ialah sering berlaku banjir..kawasannya agak rendah.

Kepenatan yang melampau telah membuatkan masa tidurku semakin awal dan menjejaskan segala acara favourite aku iaitu berblogging.Oppss..kecuali malam nih aku meluangkan masa sedikit untuk membuat post baru sebab aku dah rasa rindu dgn blog aku huhu Tambah-tambah bukan kegemaran aku untuk mengemas segala benda yang dah aku hias elok2 dan telah aku simpan baik2. Walaupun kekadang aku terasa terlalu stress dan tak larat untuk membuat segala kerja serentak atau secepat itu tapi aku tetap akan cuba usahakan sedaya mungkin. Mampukah aku dan Mr.Hubby kumpulkan segala benda dalam rumah nih sebelum Isnin nih jam 9 pagi??? huwaaaaaa...Doa-doakan je lah aku mampu memaximakan tenaga aku untuk esok hari kerana beberapa hari nih pun aku dah berikan lebih 101 peratus komitmen aku untuk uruskan segala yang perlu. Yup..keletihan ini juga dapat aku rasai pabila bangun saja waktu pag.Hadui laaaa...memang ketara rasa otot2 dan tulang temulangku sakit sana sini tapi semua tu tak mematahkan semangat aku.Yang penting semangat kene kuat baru kerja cepat siap.Kejar masa hokeyyyy!!

Oklah Sebelum aku mengakhiri entry aku malam nih, dimana niat sebenar aku berblog malam nih kerana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulud Nabi 2012 kepada semua keluarga,kengkawan,blogger,follower dan seluruh umat Islam didunia.Marilah kita sama-sama menyambut dengan penuh rasa bahagia dan syukur.Salam dan Selamat Menyambut Maulidul Rasul buat semua.Yeay!

No comments:

Followers