Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 8 October 2013

Berehat Di Hotel Grand Continental Kuching

Setelah menyepi seketika dan merehatkan badan daripada keletihan yang melampau-lampau minggu lepas membuatkan hari ini semangat aku kembali seperti sedia kala. Para silent followers and readers pun sudah sedia maklum, antara favourite aku sewaktu "travel" dan berada ditempat orang ialah mencuba hotel yang bersesuaian dengan kehendak dan bajet aku. Dan aku juga sedar bahawa beberapa entri yang berkaitan didalam blog ini begitu popular dan menjadi tumpuan untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Tujuan aku bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi pandangan serta pengalaman dan tentunya besarlah harapan aku agar entri ini dapat membantu para sahabat yang ingin menginap ditempat yang sama suatu hari nanti. Insyaallah jika ada yang ingin melancong ke bandar Kuching mungkin entri ini dapat memberi petunjuk dan membantu.

Oklah..dipendekkan cerita, minggu lepas aku telah berada di bandar Kuching iaitu Ibu Negeri Sarawak. Lawatan singkat telah membuatkan aku memilih Hotel Grand Continental sebagai tempat bermalam. Hotel 3 bintang yang berada di Jalan Ban Hock, Kuching mungkin tidak asing lagi bagi penduduk tempatan mahupun pengunjung dari sekitar Sarawak. Kedudukkan atau lokasi bangunan ini agak menyendiri serta jauh daripada deretan bangunan-bangunan lain dan secara tak langsung membuatkan sekitarnya agak sunyi dan aman daripada pencemaran bunyi. Bagi anda yang mempunyai kenderaan sendiri, inilah kelebihan anda. Namun begitu, walaupun aku berkata demikian...pengunjung-pengunjung luar yang datang menggunakan kenderaan awam janganlah risau kerana masalah ini bukanlah penghalang untuk anda bergerak lebih jauh atau meninjau kawasan sekitar bandar Kuching kerana aku sendiri dapat melihat pemandu-pemandu taxi begitu setia menunggu didepan hotel dengan senyuman sentiasa terukir dibibir cuma perlu menunggu anda untuk berurusan dengan mereka. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukannnn..hehehe..

Bercerita tentang keadaan bilik pula, kali ini aku telah menggunakan Dulexe Room dengan anggaran harga yang dikenakan ketika itu dalam lingkungan RM150 ke atas selepas discount tanpa sarapan pagi dan apa yang aku baca sekiranya anda menempah tanpa discount mungkin bilik tersebut boleh mencecah RM200- RM300 keatas begitu. Walaupun pada mulanya aku menjangkakan bahawa dengan bayaran sedemikian ditambah dengan keadaan hotel yang aku lihat sendiri agak mewah dari segi susun atur bermula dari lobi dan restoran ketika melangkah masuk, mungkin aku hanya berkesempatan untuk mendapat sebuah bilik kecil tetapi ternyata tanggapan aku salah. Yup..sejujurnya angka yang aku bayar mungkin kecil tetapi alhamdulillah bilik yang aku dapat agak luas dan besar untuk harga sebegitu almaklumlah sebelum ini aku pun pernah menggunakan bilik-bilik hotel lain yang bertaraf sama dan pada harga yang lebih kurang sama jadi bayangan aku sudah tentu tidak jauh beza dari segi sizenya. Hmm..rasanya ini adalah antara Hotel 3 bintang yang benar-benar memberi kepuasan kepada pelanggan dari segi keluasan biliknya. Satu yang aku selalu puji disetiap hotel yang aku kunjungi adalah tentang pekerjanya yang cekap dan cepat menjalankan tugas mereka sehingga kita sebagai pelanggan tidak menunggu terlalu lama untuk check-in. Dan pujian yang sama harus aku berikan kepada mereka-mereka yang bertugas dibahagian meja hadapan. Thumb-up untuk mereka yang begitu berdedikasi menjalankan tugas masing-masing. Selebihnya aku ceritakan dalam gambar-gambar dibawah yer. Jauh perjalanan luas pandangan.Yeay!!..

P/s: Sebelum berakhirnya tahun 2013 ini aku telah menyasarkan untuk mencuba beberapa lagi hotel lain. Insyaallah itu semua bergantung kepada rezeki dan jadualku. Pastinya aku juga teruja ingin berkongsi bersama pembaca semua. Semoga apa yang aku paparkan dapat membantu anda semua. Bagi yang rajin mencari info atau ingin meninjau bilik-bilik hotel lain silalah Klik Disini Yerrr... 

With Compliments katanyeee...iyolahhhhh...makacehlah yerrrr...

Biliknya leh tahan luas, besar dan bersih siap dengan sebuah katil Queen Size yang korang leh buat lompatan kanak-kanak rebena kat atasnya ngeee...Bagi sesiapa yang rasa nak jogging pusing keliling sangat dalam bilik, inilah hotel yang paling sesuai hahaha...Cuma yang aku suka sangat nak komen kenapa tv masih belum bertukar ke flat screen? Alaa beli yang murah pun takpe asalkan nampak sepadan dengan bilik kannnnnn kuikuikui...

Meja executive turut disediakan disatu sudut dengan pencahayaan yang minima dari lampu meja. Sambil-sambil membuat kerja diwaktu siang bolehlah merenung keluar bilik melihat betapa indahnya dunia ciptaan Tuhan chewahhhhhh...hehehe...

Almari baju yang bersebelahan dengan peti sejuk kecil dan beberapa rak minuman..Oklah daripada takde..bukan guna sangat pun almari bila dah sampai hotel kann..biasanya baju-baju terperuk gak dalam beg hahaha..Yang rajin-rajin je terus selongkar beg dan gantung baju kat situ..hehehe..

Bilik mandi yang bersesuaian dengan sizenya. Tak besar dan tak terlalu kecil..cukup-cukup untuk seorang hehehe..

Pemandangan dari tingkat 11 Hotel Grand Contiental Kuching..Pemandangan waktu siang dan malam yang sungguh mendamaikan hati..pot pet pot pett....

Salah satu komen aku minggu lepas kat satu laman web yang menjadi favourite aku. Dia orang suruh aku komen maka aku dengan senang hati memberi komen dengan sebaris dua kata..Amboii..tingginye aku bagi..9.7/10  tuuu..hehehe..Taktau lak tetiba jadi camtu..camne diaorang kira ye? Awesomelah jugokkkk....



2 comments:

Juls Julie80 said...

Ok lah in Vra..kdg2 niat telo cita pasal travelling ih bukan bak menunjuk2 tp lebih kepada bak berkongsi perasaan sama hepi, x hepi, suka @ x suka, & sekurang2nya ramai kenah manfaat @ info man blog telo..

Hotel ih ayeng ji bilit nyin compare jegem TanahMas cuma TanahMas tibi ngak plettttttttttt sekerin...ehehehe

more entry purlishhhhhhhhhh :p

seripelangi said...

ienlah ju..semoga entri2 ih kenah memudahkan lo sakai-sakai wak tercari-cari hotel lian pekisah tan..thanks frenzzz...

Followers