Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 17 October 2013

Madah Peluang


Dalam kembara mencari cinta Ilahi, terkadang kita tersungkur dipertengahan jalan hingga hilang arah dan tujuan. Dan ketika sedang asyik dibuai keindahan duniawi tiba saatnya kita tersedar semula dan sedaya upaya ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya. Namun sayangnya, dalam kita berusaha untuk kembali pastinya ada hati yang ragu dan ada mata yang melirik tajam. Lebih menghampakan bila niat baik itu dianggap ada pasang surutnya. Terfikir seketika apakah peluang itu tidak layak diberi kepada mereka yang cuba memperbaiki kekurangan dan memperbetulkan semula kesilapan lama?

 Buat teman yang berusaha dan berjuang, tidak mengapalah seandainya peluang itu tidak kita perolehi daripada manusia kerana pastinya Allah sentiasa membuka jalan dan memberi ruang serta peluang itu kepada siapa pun hambaNya yang benar-benar ingin kembali. Dan KITA mungkin antara manusia yang suka memperbetulkan orang lain tanpa memperbetulkan diri sendiri. Guyss....Permulaan hidup kita mungkin berbeda tetapi sebelum semuanya berakhir, pasti tersimpan di lubuk hati setiap dari kita ingin menuju ke arah yang sama. Fikir-fikirkanlah...Yeay!

No comments:

Followers