Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 3 October 2013

Sehari Dalam Memori

Hari nih bangun seawal yang mungkin, packing apa yang patut sebelum berangkat ke Bandar Sibu pada belah petang. Selesai berkemas tetiba kepala tumbuh tanduk comel hehehe..Yup masanya untuk aku menerjah sejam dua di beberapa lokasi kuikuikui..Saje jer nak takutkan diaorang tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, lega cikit hati aku dibuatnye hehe..Sekali sekala kenelah buat "spotcheck" ala-ala guru disiplin ye takkk?..Ade ke yang ketar lutut tengok muka aku nih? Kahkahkah...asem tol ahhhh!!!

Penat menerjah terus balik rumah, teringat longgokan jagung dan separuh sayur labu didapur pemberian salah seorang teman dari kampung yang berdekatan pagi semalam. Baiknye lah hati dia yang sanggup berkongsi titik peluhnya dengan kami sekeluarga. Dan dah tentu aku bersyukur diatas rezeki yang kami perolehi. Terima kasih banyak-banyak kepada wanita tersebut walaupun sampai ke hari ini aku tak tahu nama dia tetapi setiap keikhlasan itu tetap aku ingat sampai bila-bila. Aku doakan semoga dia serta keluarga akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bertambah rezeki selepas nih.Amin..

Dan malam ni, dek kerana berangkat dari rumah agak lewat, sampai hotel pun jam 5.45pm maka badan aku pun mula malas semacam. Kebanyakkan waktu yang ada, aku gunakan untuk membaca dan berehat di bilik memandangkan perjalanan aku pagi esok ke bandar Kuching memerlukan lebih banyak tenaga.Yup...aku memang penat tetapi penatku hilang apabila terbaca salah satu tajuk entri yang ditulis oleh seorang teman yang 'mungkin' ditaipnya tiga hari lepas khas ditujukan pada aku di dalam blog peribadinya. Walaupun 'mungkin' entry tersebut telah dipadam sebelum aku sempat membaca kandungan sepenuhnya tetapi aku tetap rasa bahagia dan tersentuh dengan beberapa patah kata yang masih boleh aku baca.Maaf kawan kerana terlambat menyedari tetapi sejujurnya aku terharu and of coz i feel Yipieeee!!!!...Kerana akhirnya dia wish jugak birthday kat aku walaupun belateddd katenyeee hehehe..Guysss...Nak tahu kenapa aku happy?...Sebabnya aku tahu dialah satu-satunya kawan yang tak pernah lupa akan tarikh birthdayku semenjak kami jadi rapat sejak berbelas tahun dahulu. Walaupun kini kami dah semakin dimamah usia, aku tetap yakin dia takkan pernah lupa tarikh harijadiku yang dah terlepas berbulan-bulan yang lalu hahaha.Guysss..Malu nak ngaku tetapi hakikatnya akulah sebenarnya orang yang sering terlupa dan terlambat untuk mengucapkan selamat harijadi padanya. Apa yang boleh aku teka mungkin semuanya kesan dia berguru dengan aku...balas dendam kutttt?? ekekek. What to do frenz..aku memang slow camnih hahaha Apa-apa pun Thanks sebab selalu menginggati aku.Yeay!





No comments:

Followers