Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 21 October 2013

Hotel Capitol Kuala Lumpur

Hari nih awal pagi menapak depan komputer sambil-sambil tu sempat lagi usik makcik-makcik whatsApp   dalam handphone kuikuikui..Hmm..macam biasa benda pertama sebelum aku buat apa-apa mestilah aku jenguk blog kesayangan aku nih walaupun untuk seminit dua. Dah jadi habit kut..asal online jer terus klik dashboard blog ngeeee..Dan dalam aku sibuk check itu dan ini...tetiba tergerak hati lak nak check draf yang padahal sebelum nih aku tak peduli langsung ponnnn almaklumlah aku nih bukan rajin sangat nak flashback benda-benda nostalgia dan bersejarah dalam draf aku nih. Entah tak tahu kenapa aura pagi nih terasa agak rajin untuk menyelongkar semula..(Choiiii.....Rajinlah sangatttttt!!!...) 

Alasan menggunung pun takde guna jadi aku pendekkan cerita ye wahai pembaca-pembaca sekalian bahawa dengan ini aku telah terjumpa satu entri lama yang sepatutnya aku dah publish lama dulu tapi sampai ke hari ini masih juga setia menapak didalam draf aku nih.  Al-kisahnya entri nih adalah berkaitan dengan salah satu hotel yang pernah aku rasa gak ketika berada di Kuala Lumpur. Agaknya ramai yang tahu Hotel Capitol nih kut sebab ia betul-betul terletak di kawasan Bukit Bintang dimana sedia maklum ia merupakan kawasan tumpuan kepada pelancong-pelancong dari dalam mahupun luar negara..chewahh...Bagi aku jika anda yang masih baru dengan selok belok di KL mungkin ada yang bersetuju dengan aku bahawa  lokasi hotel ini kelihatan agak tersembunyi dan sukar di cari oleh pemandu-pemandu teksi. Dan aku yakin antara puncanya ialah mungkin disebabkan oleh bangunan-bangunan atau shoppingmall-shoppingmall yang menghadang pandangan bangunan hotel itu sendiri sehingga menenggelamkan bangunan Hotel Capitol itu. But trust me guyss.. jika anda seorang yang suka bershopping atau gemar berjalan kaki untuk melihat pemandangan di kota metropolitan nih..inilah hotel yang paling dekat dan sesuai untuk dicuba.

Mengenai rate untuk bilik pula aku tak nak la komen sangat sebab hotel ini pun terletak di Bukit Bintang jadi tak hairanlah harganya boleh mencecah ratusan ringgit sehari lagipun memang dah standard hotel di KL, kalau nak selesa kenelah bayar lebih kalau nak berjimat kenelah cari hotel yang lebih murah. Jangan risau, pilihan dan citarasa tu ditangan masing-masing hehehe..Bercerita tentang bilik pula aku rasa untuk harga yang dibayar mungkin agak tinggi untuk sebuah bilik yang kecil tetapi apabila berada di KL aku harus mengambil kira semua aspek iaitu tarafhidup, lokasi, bajet dan semua perkara....peningggg.. huhu..Orang kata poket penuh pun boleh jadi kempis kalau dok kat KL lama-lama kuikuikui...Yup..hiasan dalaman bilik juga terlalu simple dan tiada kejutan yang kita nampak dari segi perabot, dekorasi, warna atau sebagainya. .Aku boleh katakan hotel nih biasa-biasa je tetapi menjadi best bila semua tempat yang ingin aku tuju menjadi tersangat dekat diantara satu sama lain jadi kenderaan awam tak diperlukan sangat dikawasan nih kecuali anda ingin meninjau ke tempat lain . Rasanya hotel ini paling sesuai bagi mereka yang ingin membuat percutian pendek kut atau mungkin shopahorlic haha..Kat bawah ada beberapa gambar yang dapat dikongsikan bersama anda, bagi yang ingin melihat hotel-hotel lain bolehlah Klik disini

P/s: Maaf tak banyak gambar yang dapat dikongsikan dan kualiti gambar juga kurang memuaskan almaklumlah guna camera hp jer..zaman tak larat nak usung camera gedebak macam zaman nih kut hehehe..

Aku nak tunjuk meja kaca bulat tu sebenarnya tapi budak nih asal nampak camera jer mesti nyempat memanjang hehehe...tengok tangan tu..love..love gituuu...korealah sangatttt!!!

Macam biasa..minta deluxe room dapat guess room hahaha layan jerlah labuu..janji dapat tido lena
Pandangan dari dua-dua sudut...

Ruang pintu masuk dan tempat anda pose modelling...kuikuikui... Opss..puteri tersayang nyempat jerr...Owh ye..tandan dan bilik mandi berada disebelah kanan gambar..Lupa lak nak capture time tu hehe..

Pemandangan diwaktu pagi..berembun gitu..klcc pun dah terlindung sikit..yang selebihnya rasanya takyah cerita lah kutt..tak sesuwaiiiii....semakkkkk!!!

Toleh ke bawah nampak la view camnih..gerai-gerai mamak baru nak buka..huhu..dah cakap dah tengok belakang bangunan jer huhu...

No comments:

Followers