Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 1 October 2013

Mr.Hubby Masak Ketam

Minggu nih fikiran sedikit celaru. Letihku belum berbayar selepas balik travelling Jumaat lepas dan minggu ni kena menyusun jadual baru untuk travel semula ke bandar Kuching khamis nih. Haduiii laaa..lagi memeningkan kepala bila malam-malamku menjadi terlalu singkat dek mengadap setambun kertas-kertas yang harus aku siapkan dalam masa singkat. Owhh... perkataan 'Lebam bijik mataku' memang sesuwaiiii untuk diriku minggu nih hahaha Tak apalah, apalah maknanya usaha jika tiada cabaran.

Pun begitu walau kesibukan yang aku hadapi membuatkan aku sedikit stress sepanjang 2,3 hari ni tetapi alhamdulillah Mr.Hubby dan Puteri tercinta tersangatlah memahami situasiku. Dan petang nih terasa ringan beban dibahu dan semestinya sedikit rasa lega apabila mendengar Mr.Hubby begitu beriya-iya ingin membantu aku untuk memasak ketam yang telah awal-awal lagi aku bersihkan. Bukan kerna tak reti masak tetapi keletihan yang melampau membuatkan aku hilang mood seketika hahaha...Biasalah tu...manusia mana yang tak ada emosi?...

Terima kasih buat Mr.Hubby yang begitu prihatin dan rajin menghulurkan bantuan. Menu ketam malam nih memang best dan sedap. Dan antara sebab utama membuatkan aku suka dan happy  kerna keikhlasan membantu dan semestinya juga kerna ia adalah air tangan suami. Maka dengan selamberrrnya jugak aku letak tajuk  pada entri kali ni ialah 'Mr.Hubby Masak Ketam' ekekeke......Yeay!


Yummyyy..walaupun nampak simple tetapi rasanya boleh tahan gakkk....Agaknya aku jarang makan masakkan suami sebab tu puji melambung-lambung kat sini hahaha...Sorry guys jika korang rasa meluat dengar ngeeee.....

No comments:

Followers