Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 26 May 2014

Cuti Demam pulak!

Hmm...dekat-dekat nak cuti nih, anak aku pulak deman. Yup...dengan keadaan suhu badan yang masih panas, selsema dan batuk maka pagi ini aku dan Mr.Hubby bercadang untuk membawa anak kami ke klinik dan merehatkan dia sementara waktu. Buat pertama kalinya tahun ini anak aku terpaksa menggambil cuti sakit walaupun berkali-kali dia menyatakan sebelum tidur semalam bahawa dia tak mahu ponteng sekolah. Apa-apa pun anakku sayang, we know the best for you. Setinggi manapun mahumu, kesihatan adalah yang paling utama. Tunggulah sihat dahulu baru ke sekolah ye sayang. Rajin anak mama ni..sejok hati mama dengar hehehe  Yeay!

Megantok selepas minum ubat....Rehat dulu ye sayang...


Waktu puteriku tertidur diruang tamu selepas makan ubat, sempat aku menjenguk tanaman belakang rumah untuk seminit dua. Dalam risau mengenang kesihatan anak, ada juga benda yang membuat aku tersenyum sendiri.

Ngehh..ngehh..ngehh..seronok nampak daun jagungku segar-bugar.Harapnya jagungku berbuah segar juga.

Tak sabar tunggu tomato berbuah..sabarlah wahai hati huhu

Sempat petik pucuk timun untuk digoreng pagi nih,harapnya berbuah banyak seperti tahun sebelumnya hehehe...




NOTA: Petang semalam menerima berita yang kurang enak didengar dari seorang sahabat. Salah seorang classmateku sudah pergi buat selama-lamanya akibat barah paru-paru. Owh...ini bermakna sudah 2 orang classmateku meninggal dengan keadaan kami sebagai bekas rakan sekelas masih belum bersedia untuk  mendengar berita sebegini apatah lagi keluarganya sendiri.. Hmmm...aku turut rasa sedih mengenangkan nasib teman yang masih terlalu muda untuk menghadapi keadaan sebegini. Sesekali kehilangan mereka menyedarkan dan menginsafi diri bahawa ajal ini sememangnya datang tak mengira usia.Jika sampai waktunya,maka pergilah kita. Oleh itu pembaca yang budiman...cubalah sedaya upaya untuk meluangkan masa dan berbakti kepada orang yang kita sayangi dan menyayangi kita kerana ada dikalangan kita mungkin tak sempat pun untuk berbuat demikian.


4 comments:

Juls Julie80 said...

1stly, sian my babyyy..get well soon baby..!!! lau ih singen la nyin cuti in vra,..?

2nd, dao ji wak taduk au vra..jeles ko pilak...daun limau purut jegem pokok limau kasturi wak taduk ko in ngak hancussssssssssss...botakkk! daun kinah ulat..huhhhh

last... takziah gak family..x sangkak tan kan.... :'(

seripelangi said...

1a. Yep Ju walaupun lau selasa lastday sekul sebelum cuti semester, nyien bak turun kawak mun ok.Rugi tan rasa nyien debei labik semalam sui kwang..kwang..kwangg...
b. Makaceh..owh botak kenanen ulat ka,melei spray daun untuk menghapus ulat au hehehe...Wak taduk ko mun debei dispray mmg keninah lo ulat and pak belalang kawak huhu
c. Ienlah salam takziah gak lo keluarga sakai telo in.

Jari Manis said...

Assalam...

dh sihat ke Putir sayang tu?
Luas nya tanah di belakang rumah...boleh lah bercucuk tanam..tak perlu nk g pasar beli sayur lagi..ni mesti umah kg..kalau umah di kawasan bandar ni jgn haraplah nk ada tanah luas cenggini

seripelangi said...

Alhamdulillah sihat dah dia JM.Gitu le nampaknya,sambil bercucuk tanam leh la keluarkan peluh sikit,senaman zaman purbalah katakan...hehehe

Followers