Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 27 February 2012

Puisi Untuk Teman/Rakan/Kawan


Hmm..Aku menerima beberapa respon positif dan email daripada pembaca blog yang meminta aku mencuba untuk mengarang puisi berkisar tentang Teman/Rakan/Kawan dalam salah satu entry aku.Tapi baru hari ini aku tergerak hati untuk mengarang satu puisi yang aku rasa ada kaitan dengan yang diminta dan sekaligus aku letakkan di youtube. Owh ye..terima kasih juga kepada rakan2 yang subcribe aku diyoutube ye.. hehehe. Maaflah jika tak sehebat mana kerna hanya ini mampuku, insyaallah aku akan buat yang lebih baik dientry yang akan datang.Yeay!.



Tajuk: Jangan Fikir Aku Sudah Lupa

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Pada kenangan saat kita bersama,
Suka duka kita lalui penuh makna,
Langit gelap kembali bercahaya,
Taufan melanda dianggap tak merbahaya

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Saat aku rebah tersungkur,
Kau ajar aku untuk bersyukur,
Dan tikanya langkahmu pula tak teratur,
Ku tegur dan kau terima penuh ikhlas serta jujur

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Walau sudah lama kita tak berjumpa,
Walau ada tikanya sengaja tak mahu menyapa,
Ataupun tak pernah bertanya khabar berita,
Percayalah doaku mengiringi hidupmu disetiap ketika,

Teman 
Jangan fikir aku sudah lupa,
Untuk mencari kata atau puisi indah,
Buatku hadiahkan padamu agar kau tak merasa gundah
Ku Yakin kau faham tanpa berkeluh kesah,
Ingatlah aku menyayangimu disetiap noktah.

Teman,
Jangan fikir aku sudah lupa,
Kiranya kau merasa adanya pudar,
Diputar waktu hingga cepat beredar,
Dimamah usia hingga hadirnya saat tak sedar,
Jangan risau dan berbahagialah hingga ke akar.



No comments:

Followers