Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 1 March 2012

Lirik Bicara Hati by Lena (OST Bicara Hati)



Setiap minggu tak sabar rasanya nak tengok camne la kesudahan drama Bicara Hati nih. Drama bersiri 26 episod yang diadaptasikan dari Novel Bicara Hati nih betul2 dah memikat hati aku hehehe..Tabik spring kat penulis asal novel nih iaitu Damya Hanna kerna berjaya mengarang cerita yang sememangnya membuat aku teruja menanti ketibaan setiap episod. Erkkk..aku sorang ke yang teruja?? Agaknya ramai gak yang macam aku kuttt kuikuikui

Seperti yang kita ketahui, drama nih telah  dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Cristina Suzanne, Marsha Milan Londoh, Josiah Hogan, Azizah Mahzan, Zarina Zainuddin, Zaidi Omar, Abby Nadzri, Maslina Mustaffa, Lash Mokthar, Dazrin dan beberapa baris pelakon yang tak kurang hebatnya...Sukenye aku promot Sharnaaz Ahmad dalam blog aku nih ekekeke..what to do wehhh..dah memang dia best dan menjadi pegang apa-apa watak punnn wink..winkk :-p...Yupp..aku ngakulah juga bahawa drama nih adalah antara salah satu drama bersiri yang menjadi favourite aku untuk tahun 2012 huhu..Rasanya camtu laa perasaan aku ye hehehe. Apa yang boleh aku katakan bahawa jalan cerita drama ini tersangatlah menyentuh hati...jiwang siottt aku dibuatnye kwang..kwangg..kwanggg...Kalau nak tahu lebih lanjut,saksikan sendiri baru leh komen ye..Bagi sesiapa yang tercari-cari lirik lagu tema drama Bicara hati yang dinyanyikan oleh Lena nih pula,jangan risau..aku selalu bersedia untuk tempekkan pada blog aku nih ekekeke...Apa-apa pun..jangan lupa ikuti drama Bicara Hati setiap Selasa jam 9malam hanya di Astro Prima (105) ye...Promot jappp (^,^) ngeee...Yeay!

Lirik Bicara Hati by Lena (OST Bicara Hati)

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku
Tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua
Kasihku hanya untukmmu
Setiap rinduku nyata padamu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu
Nyata padaku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu wooo..

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Aku akan selalu ada dihatimu
Dan kau untuk aku selamanya

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku
Tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua
Kasihku hanya untukmmu
Setiap rinduku nyata padamu


No comments:

Followers