Yesss 6 April 2012 cuti lagi!!!...Seperti yang tercatit dalam kalender bahawa Cuti Good Friday nih hanya dikhaskan bagi penduduk negeri Sarawak sahaja.Hmm...Walaupun aku tak ada kaitan dengan hari cuti nih tapi seperti biasa aku tetap membuat beberapa plan mengejut untuk mengisi ruang waktu yang ada.Dapat cuti extra macam nih kena ada plan,kalau tak nanti jadi boring lak menapak kat rumah memanjang hehehe
Jika dibandingkan dengan hari-hari lain, hari nih aku memang rasa penat sesangat sampai ke saat ini keletihan tu belum lagi reda tetapi aku tetap rasa berbaloi.Nak tau kenapa?hehehe..sebabnya hari nih kami telah membuat trip dari rumah kediaman kitaorang ke Bandar Sibu,Bandar Sarikei (<--kali ke-2 aku pergi dlm masa kurang drp 2 minggu huhu tapi kali nih guna kenderaan sendiri) dan destinas Bandar Bintangor.Perjalanan ulang alik sehari yang padat dan penuh makna...Huiii..berasaplah
jugaklah punggung aku dok dalam kerata dibuatnya tapi disebabkan terlalu excited dengan trip nih jadi perjalanan yang panjang pun tak terasa sangat.Apa yang lagi best bila tarikh hari nih merupakan tarikh harijadi Mr.Hubby dan kita orang bercadang untuk celebrate di hotel tempat kami menginap jer iaitu di Paramount Hotel Sibu.Buat pun secara simple jer just untuk kenangan dan mengenang saat2 tua tiba wakakaka..ampes jerr...
Ahh..sebenarnya entry nih aku buat untuk 6 haribulan tetapi oleh kerna aku update tengah2 malam jadi entry nih jatuh pada 7 haribulan lak jadi tersasar sedikit dari tarikh birthday Mr.Hubby kwang3x..Takpelah...hmmm..aku malas nak cerita lebih2,biar gambar2 yang aku capture petang tadi menceritakan segalanya..chewahhhhh...(^,^)Buat Mr.Hubby pula, dikesempatan ini aku dan anak kesayangan kita tetap ingin mengucapkan Happy Birthday sekali lagi walaupun
dah berkali-kali dengar kami menyanyi dan wish dalam kereta dan bilik hotel hari nih ekekeke..Harapnya tak boring ye dengan karenah kami berdua dan kami doakan semoga
diberi kesihatan, rezeki dan kesihatan yang berpanjangan.We love You always.HAPPY BIRTHDAY!!! Yeay!!!..
Happy Birthday to you..happy birthday to youuuu..happy birthaday to daddy..happy birthday to youuu..tiup jangan tak tiup huhuuuu
Mr.Hubby and Me hehehe..ngegade jap..wekkk!!! :-p
Kek Birthday nih macam kek kawin lak ekeke..ni beli pun emergency..ambik apa yang ada jerrr..Beso sikit dari tapak tangan jer kut..ok ar tuuu..yang nak makan pun cuma 3 orang jer hehehe..
Sup favourite Mr.Hubby iaitu Tom Yam seafood Soup..Sup nih me mang besttt..sedap wooooo
Gambar2 Sampingan
Bandar Bintangor
Salah satu daripada gereja yang aku sempat ambik,rasanya ada beberapa lagi gereja kawasan tu tapi aku capture mana yang sempat jer hehehe
Kawasan nih aku leh nampak ada gerai2 tepi2 jalan yang menjual pelbagai makanan seperti ayam panggang dan kuih muih..takat hidu bau dari dalam keta jer la ekekeke
Bandar Sarikei
Hmm...Tadika Timur.Sekali aku pandang bangunan nih tetiba rasa sayu lak huhu..Nih la tadika tempat aku bersekolah dulu tapi sekarang bila lalu depan tadika nih aku nampak bangunan nih dah usang dan terbiar.Kalau tak silap aku,setelah berpindah dari bandar nih suatu ketika dulu..kawan aku pernah call beritahu bahawa sekolah nih telah ditutup setelah 1 kes yang agak ngeri berlaku di bangunan nih yang melibatkan 1 keluarga penjaga bangunan nih..tapi aku tak pasti arr..ingat2 lupa jerr..so aku anggap taktau apa2 jer laa hehehe..
Sampai di selekoh masuk ke Bandar Sarikei..1st time gak tengok benda nih sebab tu capture hehe..
Antara Bangunan yang ada di kampung Seberang Sarikei..Banyak betul perubahan di kawasan tu..Kalau dulu dipenuhi hutan,sekarang nampak banyak lak bangunan2 baru huhu..
No comments:
Post a Comment