Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 30 April 2012

Artis Keluar Masuk Sini

Minggu lepas blog aku agak bersawang...terasa kemalasan dan kepenatan yang berganda.Segala aktiviti harianku tersangkut dan sekaligus membuatkan aku lebih suka duduk menghayati panorama disekeliling rumah jer,tak de mood rasanya nak membuat apa2 plan.

Opsss.....walaupun aku menyepi seketika tapi daerah tempat aku menapak nih tak pernah sunyi dari pelbagai hiburan dan sememangnya sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Hmm jika mula-mula dulu aku merasa sedikit pelik dengan suasana daerah nih tetapi untuk tahun ke-3 aku menjadi semakin biasa malah menjadikan aku sedikit tak hairan disaat ini ekekek Yup..satu daerah yang agak terpencil dan kurang dikenali tetapi bagi aku yang uniknya kawasan ini bilamana artis sentiasa keluar masuk hampir setiap bulan.Wow..satu suasana yang aku rasa agak berbeza sepanjang tinggal di daerah ini, kerana dibandar2 pun belum tentu adanya artis2 yang datang bertandang atau keluar masuk begini hehehe..Dipendekkan cerita,sabtu (28/04/2012)lepas,artis yang datang pun tak kurang hebatnya iaitu Awi Rafael dan Misha Omar..dua nama besar dalam industri hiburan tanahair kita. 

Oklah meh tengok beberapa gambar artis yang pernah membuat persembahan disekitar daerah nih dan sebenarnya ramai lagi artis yang aku tak capture sebelum nih. Aku pun dah jadi macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang hanya dok mendengar dan pulang tanpa sebarang kenangan akibat dah terlalu biasa mendapat kunjungan para artis2 nih.... jadi nak capture sekeping pun jadi malas hahaha..Nih jer la antara gambar yang ada dalam koleksi aku buat sementara nih..tapi insyaallah akan datang pasti aku sentiasa akan capture untuk dikongsikan dalam blog nih.Dan dikhabarkan beberapa minggu atau bulan terdekat ini akan adanya group famous dari Indonesia pulak.Entahlah aku pun tak pasti tapi aku layan jerrrr....Lain kali nak reques Jacklyn Victorlah camnih takpun Faizal Tahir haha..Keadaan2 dan suasana inilah membuatkan aku sedikit bertuah dan tak boring duduk didaerah begini.Terpencil tapi penuh dengan kejutan hehehe..(^,^)Yeay!!!..



Awi Rafael yang ngetop dengan lagu "Pulanglah"..Yuhuuu...Awi keluar dari Konsert Mania terus dijemput untuk memeriahkan majlis area nih pulak hehehe..

Siapa lak tak kenal dengan Misha Omar??? Cantik orangnya hehehe

Nota: Dikatakan dalam majlis sabtu lepas sepatutnya yang turut dijemput juga ialah Tam Spider tapi ditinggal kapal terbang lah pulokkk... so tak pat ler tgk tam nyanyi liveeee..kwang3x


Antara Artis-artis yang pernah bertandang ke daerah nih

 Penyanyi Veteran kita Ahmad Fauzee dan Azlina Aziz

 Stacy yang sememangnya nampak agak pemalu dan peramah orangnya....siap ambik gambar atas pentas lagi tuuu..dasyat youuu hehehe...

 Lagi seorang penyanyi veteran yang tak kurang hebatnya..Salwa Abdul Rahman

Afif AF9...kecik dan comel orangnya kannn...


Salwa dan Tuan Residen pun sempat pose hehe

Daus AF8 dan Ema AF8 pun adaaaa..huhu...

Claudia dan Maulana wat hal masing2 hehehe

Rubisa dan Claudia bergandingan

Akim yang sememangnya sentiasa cool

Laika AF9 dengan style tersendiri hehehe


Dikenali dengan nama Mama Rina hehehe..

Saat aku diarah duduk bersama Anum dan Ebi..kuikuikui Time nih aku rasa macam nak cabut jer dari situ..tapi nak cabut ke maneee?? :-s

Nih lagi satu gambar dimana aku pun taktau apa motif aku disuruh duduk celah2 diaorang lak..haduiii laaa...layan jer laaaa...haha..


Nota: Rasanya ada beberapa koleksi aku yang hilang or mungkin terdelete dlm hp aku seperti Ekin..Ali XPDC...Ziana Zain..dan bla..bla..blaa... :-p

No comments:

Followers