Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 9 April 2012

The Paramount Hotel Sibu Best

Ahaaa...malam nih aku banyak belek-belek gambar dan seperti entry aku sebelum nih,bila habis bercuti aku tak lupa mempromosi hotel tempat aku stay.Sebenarnya aku tak kisah apa pun taraf or bintang2 sesuatu hotel tu asalkan bersesuaian,sederhana dan sudah pasti selesa. Bukan susah untuk mencari hotel di Malaysia nih lagipun,hotel berlambak kat luar sana cuma tunggu kita jer nak memilih yang mana satu kita suka.Citarasa manusia nih kan berbeza, ada yang gemar stay di hotel mewah bertaraf 4,5 bintang,ada pula yang bercitarasa sederhana dengan memilih hotel 3 bintang dimana kadar harganya tak terlalu tinggi atau melepasi bajet.Dan tak mustahil ada yang gemar menggunakan hotel bajet rendah disebabkan faktor2 kewangan.Ye laa..zaman sekarang nih semua perlukan duit jadi mungkin ada yang lebih gemar membelanjakan untuk keperluan yang lebih penting ketika melancong. Semua tu tak salah,itu kan pilihan kita..yang kita mahu..itulah yang kita dapat..tol takkk?? hehe..

Oklah, Kalau sebelum tu aku pernah bercerita tentang RH Hotel,Sibu Sarawak dan sekarang aku berbesar hati lak untuk berkongsi pendapat tentang "The Paramount Hotel" Sibu.Tujuan aku bukanlah untuk mencari perbandingan tetapi lebih elok kita kearah yang lebih positif iaitu bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat..moga-moga dari entry nih ada yang berminat untuk mencuba hotel Paramount lepas nih (^,^).Macam biasa,bilik pilihan kali nih pun tetap family room..maklumlah datang pun berkeluarga kannn hehe. Kadar harga yang dikena cukuplah aku katakan dalam linkungan seratus lebih dan aku tak mahu menyatakan berapa lebihnya kerna kadar harga sesuatu bilik nih kekadang berubah dari semasa ke semasa so anggaplah aku beri jawapan selamat disini hehehe..

Bagi bilik yang menggenakan kadar harga begitu, dimana dilengkapi dengan katil single dan queen size memang berbaloilah jugak.Rasanya aku berpuas hati kerna ia bersesuaian dengan harga atau mungkin faktor lokasinya lebih selamat untuk parking kereta pun ye jugakkk....safety tu lebih cikit kut.Maklumlah untuk sesetengah perkara kita memandang diluar kotak fikiran kita hehehe.Walaupun keadaan bilik nih terlalu simple dan sedikit sempit tetapi seriusnya bilik nih nampak luas, mungkin disebabkan deconya tak terlalu berat atau sarat dengan benda yang entah apa2.Seperti kebanyakkan hotel yang pernah aku cuba, hotel nih pun menggunakan colour yang lembut dan segar..so tiap kali masuk bilik nih tak tension hokeyyy..sesuai untuk mereka2 yang gemar memerah otak depan laptop,tablet,handphone atau ingin bersendiriannnnn.Apa yang penting aku rasa selesa dan nampak peti sejuk kecil huhu (<--Untuk kadar sewa yang dikenakan dan keperluan peribadi,bagi aku peti sejuk nih penting walaupun ada yang fikir takde pun takpe ekeke..) Dibawah nih aku tempekkan beberapa gambar yang aku ambil dan bagi sesiapa yang nak try sehari dua kat hotel nih..leh la gi The Paramount Hotel,Sibu.Apalah salahnya kita bercuti dan mencuba sambil meninjau kehebatan hotel2 yang ada. Untuk hotel nih aku leh bagi markah 7/10 hehehe...(^,^) Yeay!


 Queen & Single Bed..selesanyaaa..puteri aku lagi la seronok dibuatnya..

 Jendela tempat aku merenung masa depan wakakakaa...Takde maknanya ahh..kalau menghayati pemandangan tu ade laaa...tak sesuwaiiii hokeyyyy nak berdrama!!!

 Ruang yang aku rasa cukup2 tapi still aku rasa selesa...

 Ruang pintu masuk dan almari..ok aper?? Almari tu pun bukan guna sangat pun,last2 sumbat dalam beg gak baju2 yang adaaa kuikuikui...

 Kebersihan terjamin ye..tandas azimatttt :-D

 Bath tub yang slalu jadi idaman bebudak kwang3x

 Tengoklah betapa simplenya ruang nih tapi aku tetap suka..Tak bersemak hokeyyy..Takde pasu2 bunga macam selalu aku nampak hehehe...

 Gambar dari sudut bertentangan

  Opss..pemandangan yang perlu aku hadapi di tingkat 5..pembangunan berlaku dengan pantas

 One day aku pasti kawasan nih akan jadi sesak dan sarat dengan kenderaan hehehe...

 Gambar yang terpampang dalam bilik nih..simple,cantik,warna warni,damai dan Malaysiannnn!! Yeay!

Owhh..no keramat,saje tempek..kalau korang guna bilik yang sama..jgn lupa komen entry aku balik hahaha..ya ampuunnnn... :-s



Pautan Hotel Lain
The Orchid Hotel Sibu(Sila Klik)

No comments:

Followers