Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 4 May 2012

Semangat Baru :-D

Alhamdulillah..pagi nih bangun dari tidur aku mula menarik nafas legaaa. Semak-semak dan senak-senak dalam dada 2,3 hari lepas akhirnya hilang.Jika sepanjang hari semalam aku dikelilingi dengan kertas-kertas yang bersepah di atas lantai dan hari ini aku langsung tidak memikirkannya lagi.Percubaan dan usaha aku untuk menyelesaikan semua dalam satu hari nampaknya berjaya walaupun semuanya berakhir agak lewat malam.Terasa sedikit gembira kerana segala tugasanku selesai sebelum waktunya wink..winkk.. (^,^)

 Antara benda2 yang merunsingkan aku semalam hehe..Tapi hari nih doneee..doneee..doneee!!

Yehaaaa...apa yang aku rasa hari ini ialah datangnya semangat baru ekekeke...Yup..semangat untuk memulakan hari baru dengan keadaan cuaca yang agak panas pagi nih dan sesuai untuk aku turun berkebun semula kuikuikui..Rancangan aku hari ini untuk menanam benih sayur Garlic Chives,Red Beard dan Bayam merah dimana benih-benih ini adalah atas pemberian dan dibeli oleh mak aku dari Genting Highland tempoh hari.Jauh tol dia import benih nih padahal kat sini pun ada gak tapi takpe laaa...agaknya mak aku nak berikan aku galakkan secara tak langsung kut.Biar aku keluar peluh dan tak boring hahaha.. Melihat hasil2 yang aku tuai sebelum nih sudah cukup memberi motivasi untuk aku terus menyemai benih2 baru. Disamping aku menikmati hasil titik peluh dengan merelakan diri dipanahi bahang matahari pagi dan petang,..keluarga,rakan dan jiran2 juga turut merasa.Yeay!...

“Tidaklah seorang muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman itu sebagai sedekah baginya, dan apa yang dicuri dari tanaman tersebut sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seorang itu dikurangi melainkan menjadi sedekah baginya.” (HR. Imam Muslim Hadits no.1552)


Antara hasilnya hehehe



No comments:

Followers