Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 10 December 2012

Hari Bowling Keluarga

Tadaaa...hari ini cerita pasal main bowling lak.Yuhuuuu...Family bowling timeeee lerrrr...Jalan-jalan sambil makan angin tempohari,sempat usha kakak gi main bowling. Dan daripada "hint2" yang terlalu kerap aku dendangkan ke telinga dia,akhirnya dia dengan rela hati membawa kami satu keluarga ke salah satu pusat bermain bowling tempat dia menapak selalu.Ye laa..kalau tiap hari pusing sana sini tanpa arah tuju atau gi shopping jer keje,boring juga..sekali sekala buatlah aktiviti yang selalu aku idamkan barulah rasa bernafas sikitttt hehehe..

Hmm..Satu aktiviti yang tak dirancang tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Dan sesungguhnya,itulah satu-satunya saat aku merasa enjoy sepanjang beberapa hari aku berada disitu.Terasa lapang dada yang terasa senak-senak,senyum pun tak tersekat-sekat,jerit pun ala-ala "pom-pom girls" gitu ekekeke..Opss..enjoy shopping lain hokeyy..enjoy main bowling pulak lain penangannya jadi takyah disamakan.Dan lagi satu..main dengan kawan lain perasaannya,begitu juga bermain dengan family sendiri.Tambah-tambah yang main "satu kampung". Masing-masing tunjuk tarer walaupun satu apa tak reti.Hebatlah sangatttt sebab tu semua masuk "longkang" terutama aku wakaka.Apa-apa pun..bagi aku..waktu nih leh aku ketegorikan sebagai "Happy Hour" untuk penghujung percutianku. Sekali sekali buat family bowling game nih best gak kannnn...Yeay!




Katanyeeeeeeee dah biasa main bowling tapi daripada hasil hayunan yang dibuat..leh wat terkedu gak bila kami melihatnya kuikuikui..jangan marah adikku sayang..sesungguhnya kaulah juara..errr...juara longkang. 

Antara penyokong dan pasukan sorak yang setia dan begitu sporting.

Huyooo..ayah tercinta yang ketika itu tetiba menjadi selaku jurulatih kepada pasukan lawan. Leh tahan gak hasil pin2 yang dijatuhkan sehingga ahli pasukan merasa ayah tercinta selalu masuk pusat bowling..adeiii..pada pandangan aku lerr..tangan bapa aku tu biasa pegang cangkul, mane tak lontaran dia power camtu wakakaka..

Aksi ibu tersayang dan kakakku ketika masa rehat. Ehh..masa rehat? tunggu giliranlah tu hehehe..

 Puteri tercinta yang tetiba jadi tukang susun bola bowling..Hebat tak puteriku? lum disuruh dah menjadi sukarela kat situ hehehe..

Aku terpaksa buka kasut sebab nak bagi pinjam kat mak aku, maklum time tu mak aku cuma nak duduk jer..so dengan tanduk yang tumbuh kat kepala maka dia dipaksa untuk bermain gak walau sekali. Haduii..rugi ler kalau setakat tengok jer,rasa lah cikit camne main benda nih baru la rasa tak nyesal balik kampung nanti..ye takkk hehehe...

Mr. Hubby dengan aksi yang tersendiri. Taktau ler berapa banyak cara dia pegang bola tu..ngalahkan pro tul hehehe...

Biru lawan biru..otai okeyyy..Sekali baling semua tumbang..

Mak aku mula membelek2 bola,maklum..first time jadi banyak la style yang muncul sampaikan kakak aku nih sempat pose sambil menunggu mak aku memilih bola ekekeke..

Nahhh ambikkkkk..mak aku mula buka langkah,cucu-cucu kat tepi semua melekat kat dinding..agaknya risau kut tengok nenek diaorang tetiba muncul..Apa-apa pun..percubaan pertama terus dapat 7 pin jatuh hokeyy..Oklah jika dibandingkan dengan aku yang main berkali-kali tapi asyik masuk longkang ekekeke..

Kakak dengan style yang tersendiri...Antara ahli kumpulanku yang juga menjadi penyumbang jatuhan pin..

Nih tengok aku beraksi...lum apa-apa bola dah ada tanda-tanda masuk longkang wakakaka..nyampah tol ahhh..!!

Macam biasa, jurulatih kene selalu alert..manakala anak-anak didiknya pula tak ambik port langsung hehehe..takpelaaaa...menang atau kalah memang adat permainan..yang penting enjoyyy yee..

1 comment:

Anonymous said...

Simply wish to say your article is as amazing. The clarity
in your post is simply nice and i can assume you're an expert on this subject. Well with your permission allow me to grab your RSS feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please carry on the enjoyable work.
Also see my website - flagge zum Ausmalen

Followers