Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 11 December 2012

Selamat Harijadi 12.12.12

12.12.12 <-- Satu tarikh yang sering diupdate difacebook, twitter mahupun diblog oleh teman-teman sejak beberapa hari yang lepas. Mungkin disebabkan tarikh ini kelihatan agak unik sehingga merasakan ia adalah lain daripada yang lain. Dan bagi aku tarikh ini sudah semestinya tarikh istimewa buat keluarga kami sejak dulu lagi kerana 12 December merupakan tarikh harijadi ayah tersayang. Dan apa yang bestnya bila melihat harijadi ayah tahun ini akan tertulis begini -->12.12.12

Hmm...yup..tahun ini suasana agak berbeza kerana aku tidak menemani ayah tersayang ketika dia menyambut harilahirnya yang ke-59 kerana aku terpaksa balik kerumah sendiri pagi Isnin lepas atas komitmen keluarga dan kerja. Namun begitu,walaupun tidak berada disisi ketika hari penting begini, aku tetap berasa gembira dan memanjat rasa bersyukur kerana harijadi ayah disambut serentak dengan anak buah sulungku pada minggu lepas. Ye...kiranya awal seminggu gitu. Jadi kesempatan untuk menyambut bersama itu tetap ada walaupun secara simple hehehe..Tak apalah..sambut serentak begitu lagi mudah bagi yang lahir pada bulan yang sama.

Tak banyak yang hendak diperkatakan tetapi dikesempatan ini ingin rasanya aku mengucapkan secara terbuka di entri kali ini khas untuk bapa tersayang dengan ucapan "Selamat Hari Jadi Pak, aku doakan semoga bapa diberi kesihatan lebih baik, rezeki yang berpanjangan, kehidupan yang sempurna dan sudah semestinya sentiasa gembira dengan apa jua yang dilakukan.Thanks for everything and We love you always.Muah!" Dan bagi anak buahku Dina yang baru berusia 9tahun tempohari.."Happy belated birthday sayang, semoga semakin sihat, bijak dan cantik anak buah mama nih" Yeay!

Kek harijadi bapaku dan anak buah sulung yang bernama Dina.Kek coklat menjadi pilihan hehehe..

No comments:

Followers