Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 2 December 2012

10000 Pengunjung Blog

Bila aku bercuti maka blog aku pun ikut bercuti gak..Biasalah tuuuu..nama pun dah bercuti ngeeee....Hampir dua minggu lebih blog nih senyap, rasa macam dah bersawang lak aku tinggalkan lama-lama. Dan hari nih, timbul rasa rindu nak mengasah semula jari jemari pada papan kekunci komputerku nih. Hmm..setelah agak lama menyepi, idea-idea aku datang agak perlahan. Tunggulah dua tiga hari lagi, cutikan masih panjang..banyak la cerita yang nak aku kongsikan nanti tetapi buat hari nih..aku lebih teruja bercerita dan melihat jumlah penggunjung blog aku.

Yehaaaaa!!!!...nampaknya tahun ini jumlah pembaca yang aku sasarkan telah tercapai lebih awal daripada yang sepatutnya. Jika awal-awal dulu aku meletakkan sasaran seramai 10000 pembaca sebelum berakhir tahun 2012 nih, tetapi alhamdulillah bila aku login blog pagi nih..jumlahnya telah mencecah seramai 10228 orang. Walawehhhhhh!!!..aku dapat mencapai sasaran awal sebulan untuk tahun nih hehehe..Happylah jugokkk!!!..Mula-mula dulu risau pun ada bila buat blog nih, takut takde yang baca..takut syok sendiri pun ye juga tetapi hari nih terbukti blog aku nih mampu menarik pengunjung diseluruh dunia yesszeerrr!..Dan jumlah ini merupakan satu pencapaian dan kejayaan buat aku kerna pada dasarnya aku tak menggambil kira pembaca yang sama atau pembaca yang klik entri aku berulang-kali. Ye..aku cuma mengira jumlah pengunjung unik sahaja...diulangi ye..yang Unik sahaja ye...bererti dari IP yang berbezaaaa...Tepuk bahu sendiri jap kuikuikui (^,^)

Jumlah setakat hari ini iaitu 02.12.2012 hehe..seronoknyee!!


Mengikut blogger..nihlah antara lokasi pembaca-pembaca blog aku... yuhuuuu...orang Malaysia banyak dok oversea kut ngeee..

Apa-apa pun terima kasih buat semua pembaca setia dan yang mungkin tersesat masuk dalam blog aku gara-gara menggunakan kata kekunci yang bersepadan dengan entri-entri aku di google, yahoo dan sebagainya hehehe..Almaklumlah..ada beberapa entri aku yang top dan berada dimuka depan dalam SEO (Search Engine Optimization) nih, bukan aku sesaja buat tetapi dah kedudukan entri aku terletak dimuka depan terutama di google nak buat macam mana kuikuikui..Mungkin ranking entri aku juga merupkan salah satu sebab analitik blog aku ada turun naiknya hehehe..Oh ye..tak lupa juga terima kasih buat silent readers, silent followers,penyokong blog seripelangidivra dimana saja berada dan kepada mereka yang rajin click share blog aku di laman-laman sosial seperti di facebook, twitter, blog dan sebagainya..korang memang best! Muahhh...dan ayat last aku pastinya-->Yeay!!!!...

3 comments:

Anonymous said...

teruskan usaha

Anonymous said...

lambat update skrg o_O

seripelangi said...

thanks guys...hehe

Followers