Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013 Semua

Berada di hari terakhir dalam kalender bulan December sememangnya memberikan kita pelbagai perasaan.Terkadang kita begitu menantikan kehadiran tahun baru yang bakal tiba dan ada waktunya pula kita merasakan bahawa jika mampu akan kita cuba untuk memberhentikan atau memperlahankan saja pergerakkannya.Namun semua itu takkan mungkin terjadi sebaliknya kita harus terus melangkah bersama azam baru yang bakal kita bawa bersama.



Bagi aku tahun ini bukanlah sesempurna tahun-tahun yang pernah aku lalui. Dalam kemanisan ada pahitnya, dalam senyuman ada tangisannya dan dalam tabahnya hati pasti wujud jua kerapuhannya. Banyak perkara yang berlaku tanpa aku mahu ia terjadi tetapi itulah realiti hidup, semua itu adalah atas kehendakNya. Mungkin saja kita semua pernah mengalami saat dimana kita terlalu menantikan sesuatu yang indah, tetapi sebaliknya akan terjadi. Namun aku tidak sedikit pun menyalahkan takdir..nasib atau suratan yang tertulis buatku kerana sebaik-baik insan adalah insan yang selalu mengingati Allah. Apa yang penting aku harus selalu bersyukur kerana diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas dan menerima dugaan dalam liku-liku hidup yang mungkin takkan dapat aku ulangi atau rasai lagi ditahun akan datang. Sejujurnya, tahun 2012 ini  merupakan tahun yang sering memberi kejutan buat diri bahkan keluargaku. Ya..untuk kejutan-kejutan yang tak terduga aku mudah saja mengeluh kerana ada waktunya aku kepenatan sewaktu menghadapinya namun itu tidak bermakna aku lemah kerana aku masih percaya bahawa "Allah takkan memberi sesuatu dugaan itu diluar kemampuan kita dan aku yakin bahawa DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya."

Bagi mengakhiri entri 2012 ini, dikesempatan ini blog seripelangidivra mengucapkan jutaan terima kasih buat pengunjung setia, silent readers atau tetamu yang secara tak sengaja singgah diblog ini kerana tidak putus-putus memberi sokongan .Sesungguhnya melihat angka pengunjung blog yang semakin bertambah dari hari ke hari dan melepasi target utama untuk tahun ini iaitu seramai 10000 pembaca unik merupakan hadiah istimewa buat aku pada hujung tahun 2012 ini. Kehadiran anda semua membuatkan aku percaya bahawa anda sentiasa ada dikiri dan kananku. Bukan jumlah followers yang aku cari dan bukan juga komen2 yang aku nantikan tetapi cukuplah melihat pengunjung bertambah saban hari dan bagiku itupun sudah memadai. Moga-moga setiap tutur kata yang pernah mengguris hati pembaca atau kesilapan yang mungkin tak disedari dan disengajakan ketika anda membaca entri-entri didalam blog ini harap dimaafkan. In sya Allah... aku akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa segala kekurangan yang aku lakukan sepanjang berblogging dari tahun 2011 hinggalah 2012 ini. Harapan untuk tahun 2013 nanti agar tahun yang bakal tiba akan memberikan kita lebih banyak kegembiraan daripada kedukaan dan aku sentiasa doakan semoga anda semua dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik untuk terus membuka lambaran baru ditahun 2013.Teruslah menyokong dan Selamat Tahun Baru 2013 semuaaaaa!!! Yeay!!!


No comments:

Followers