Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 7 December 2012

Pameran Dinotrek 2 Di Petrosains Miri

Dalam entry yang terdahulu pernah aku beritahu bahawa, aku akan ceritakan satu persatu percutian aku dimusim cuti sekolah nih (Adeiii..kalah bebudak sekolah dibuatnya kuikuikui). Dan buat permulaan..aku mulakan dengan percutian yang dekat jer dulu iaitu di Bandar Miri, Sarawak. Hmm..tak banyak yang dapat aku ceritakan tetapi walaupun demikian dimusim cuti sekolah begini lagi seronok jika masa yang ada....diisi dengan beberapa aktiviti riadah. Dan untuk kali ini, kami telah mengunjungi salah satu pameran yang diadakan di Bangunan Petrosains Miri iaitu Pameran Dinotrek 2. Bagi yang ada bebudak tu..leh la singgah ye..Aku yakin diaorang pasti akan berasa teruja dan seronok hehe..

Bagi pendapat peribadi aku..pameran ini memang sesuai untuk semua peringkat usia kerana selain mendapat pengetahun yang luas tentang dinosour, kita juga dapat menyaksikan sendiri saiz dinosour yang ada. Setiap sudut pasti ada info yang berkaitan dan sudah semestinya sesuai untuk peminat-peminat dinosour dan kaki-kaki gambar macam aku hehehe....Chewahhh...mentang-mentang dah sampai situ..ayat pun ngalahkan bijak pandaiiii (^,^)..Owhh..untuk pengetahun semua, bayaran masuk sememangnya akan dikenakan tetapi jangan risau...bayaran mengikut pakej-pakej sudah pun ditentukan oleh pihak pengurusan jadi tidaklah terlalu membebankan bagi mereka yang membawa keluarga besar. Errr... Aku tak reti nak promot lebih-lebih jadi kesimpulannya...datanglah beramai-ramai ke Petrosains Miri dan saksikan sendiri replika2 yang tak pernah anda lihat sebelum ini. Yang dekat atau jauh..yang tua atau muda..datanglah jika ada masa terluang.Takut bila pameran ini dah tamat baru rasa nyesal sebab tak pergi tengok hehehe. Selebihnya..biar gambar dibawah je yang akan menggantikan ayat-ayat aku ngeeee...Yeay!

Poster "Dinotrek 2" yang tergantung disatu sudut bangunan.

Dengan selambanya aku mula beraksi ala-ala muda remaja..pasan jap hahaha

Acara menembak dinosour..yer la tu..bersungguh tol jer rupa dia nak menembak hehehe..

Mr.Hubby dan Puteri tersayang mula posing untuk kesekian kalinya huhu

Anak buah yang paling bongsu berada dalam dunianya sendiri.Entah apa yang difikirkan tu :-s






Antara yang dapat dilihat didalam bangunan dinotrek nih..best kannn??? Tapi kalau nak lagi best..datanglah dan nikmatinya sendiri huhu...

Acara favourite bebudak ni bila sampai sini..acara gali menggali...harapnya jumpa tulang dinosour yang besarrrr yerrr...berjamlah juga tunggu diaorang berhenti bermain tapi masalahnya bebudak nih..kalau dah main tak reti nak stopppp!!!..

Ragam dua adik lelakiku..nakalnya takleh nak cerita..hurmm...layan jer laa..kalau tersangkut betul2 gigi tu kat kepala dia baru padannnnn :-D

Ayah,adik dan Mak aku...macam pose zaman tok kadok dulu jer hehehe...

Kayuh jangan tak kayuh kuikuikui...Kakak dan anak buahku mencuba salah satu game yang memerlukan tenaga kayuhan untuk menjadi pemenang..Errr..bila toleh screen kat depan diaorang..tetiba semua jadi dinosour..pehhhh...lumba lari dinosour rupanya hahaha..

Bergambar beramai-ramai..sampai tak muat tv tu dibuatnye. Owhh..bukan tv jer tak muat tapi pentas tempat kitaorang berdiri tu pun rasanya macam kecil jer kahkahkah Dan yang lagi lawak bila 2 dinosour yang menari-nari di belakang kitaorang pun dah tak kelihatan gara-gara satu kampung dok berhimpit kat situ hehehe..Abang ipar aku sibuk memasukkan email untuk mendapatkan gambar tersebut. Takleh print dan tak perlu bayar cuma diaorang email dan sent direct jer kat account email penerima.

Ragam mak dan kakak...berjanggut aku tunggu kat tepi kwang..kwang..kwanggg...

Hebat tak adik aku, kalah bebudak wooo..main puzzle2 gituu..Samalah ngan kakak aku dalam gambar atas tu huhu Gambar kat sebelah kanan pula tak ubah macam T-Rex nak telan kepala dia lak hahaha..

Puteri tersayang sempat buat pose terakhir sebelum keluar dari bangunan nih hehe..

No comments:

Followers